Ikan (Pisces) dalam peribahasa Melayu: analisis semantik inkuisitif

Peribahasa Melayu merupakan satu daripada komponen penting dalam puisi Melayu tradisional yang mencorakkan nilai budi orang Melayu, yang telah sebati dalam kehidupan seharian. Keindahan peribahasa Melayu tidak hanya terpancar melalui susunan kata-kata dan perlambangannya, tetapi lebih jauh daripad...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Junaini Kasdan, Nor Hashimah Jalaluddin, Wan Nurasikin Wan Ismail
Format: Article
Language:English
Published: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10898/
http://journalarticle.ukm.my/10898/
http://journalarticle.ukm.my/10898/1/IMAN-2016-0401-03.pdf
Description
Summary:Peribahasa Melayu merupakan satu daripada komponen penting dalam puisi Melayu tradisional yang mencorakkan nilai budi orang Melayu, yang telah sebati dalam kehidupan seharian. Keindahan peribahasa Melayu tidak hanya terpancar melalui susunan kata-kata dan perlambangannya, tetapi lebih jauh daripada itu, peribahasa Melayu adalah paparan tingkah laku, ketinggian ilmu dan falsafah yang terbit daripada akal budi orang Melayu. Satu perkara yang tidak dapat disangkal dalam penciptaan peribahasa Melayu adalah ketinggian tahap regungan orang Melayu terhadap alam sekelilingnya. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneroka akal budi dan falsafah orang Melayu yang terkandung dalam peribahasa dengan memberikan tumpuan kepada unsur ikan melalui kacamata semantik inkuisitif. Kajian ini bukan sahaja dapat menghuraikan fenomena yang berlaku dalam peribahasa, malah dapat mencungkil kearifan dan kebijaksanaan orang Melayu pada zaman dahulu yang tinggi daya pemikirannya.