Zaman prasejarah di negeri Perlis dalam konteks arkeologi
Perlis yang merupakan negeri yang terkecil di Malaysia mempunyai warisan penting dalam konteks zaman prasejarah yang boleh ditonjolkan sebagai salah satu produk arkeo-pelancongan dan masih belum didedahkan secara maksimum. Artikel ini cuba untuk mendedahkan tapak arkeologi dan artifak zaman prasej...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10907/ http://journalarticle.ukm.my/10907/ http://journalarticle.ukm.my/10907/1/IMAN-2016-0401-12.pdf |
Summary: | Perlis yang merupakan negeri yang terkecil di Malaysia mempunyai warisan penting dalam konteks zaman prasejarah
yang boleh ditonjolkan sebagai salah satu produk arkeo-pelancongan dan masih belum didedahkan secara maksimum.
Artikel ini cuba untuk mendedahkan tapak arkeologi dan artifak zaman prasejarah di Perlis yang secara tidak langsung
mendedahkan kepentingan negeri Perlis dalam konteks perkembangan dan pergerakan manusia zaman prasejarah. Data
arkeologi membuktikan bahawa Perlis sudah pun diduduki oleh manusia sejak 5000 hingga 10,000 tahun yang lalu.
Jumpaan seperti alat batu ‘sumatralith’ membuktikan wujudnya budaya yang dinamakan kebudayaan ‘Hoabinhian’
di Perlis. Bukti masyarakat yang mengamalkan kebudayaan Neolitik juga banyak ditemui di gua-gua di sekitar Perlis
dengan jumpaan artifak seperti tembikar tanah dan beliung kapak batu bergilap di samping jumpaan gelang batu.
Gua-gua di Perlis terutamanya di kawasan bukit Chuping, Bukit Tegun Lembu, Bukit Ngulang, Bukit Kerengga dan
Bukit Changkul telah digunakan sebagai tapak pengebumian masyarakat Neolitik berdasarkan jumpaan artifak
yang selalunya berasosiasi dengan perkuburan masyarakat tersebut. Penemuan kalam semah ‘Votive tablet’ di Gua
Berhala dan Gua Kurong Batang yang mempunyai imej Avaloketisvara dan Bodhisattva serta ayat-ayat suci Buddha
menunjukkan bahawa Perlis juga menyumbang kepada perkembangan era proto-sejarah di Malaysia. Data arkeologi
yang banyak di Perlis menunjukkan bahawa negeri Perlis suatu ketika dahulu merupakan laluan perdagangan dan
jalan utama yang digunakan oleh masyarakat prasejarah yang kemudiannya berevolusi dan berkembang daripada
sudut sosio-budaya, ekonomi, sains dan teknologi ketika zaman protosejarah. |
---|