Penggunaan pengaturcaraan gol 0-1 dalam penjadualan jururawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTMIZAN)

Penyelesaian yang sebaik mungkin bagi masalah penjadualan jururawat akan memberi kesan yang besar terhadap suasana kerja yang berkait rapat dengan kualiti penjagaan kesihatan dan melahirkan pekerja yang cekap. Oleh itu satu kaedah yang sistematik perlu dibentuk supaya proses penjadualan yang lebih...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Asyikin Hamdan, Hazwani Che Ab Rahman, Abdul Latif Samian, Nazri Muslim
Format: Article
Language:English
Published: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10908/
http://journalarticle.ukm.my/10908/
http://journalarticle.ukm.my/10908/1/IMAN-2016-0402-01.pdf
Description
Summary:Penyelesaian yang sebaik mungkin bagi masalah penjadualan jururawat akan memberi kesan yang besar terhadap suasana kerja yang berkait rapat dengan kualiti penjagaan kesihatan dan melahirkan pekerja yang cekap. Oleh itu satu kaedah yang sistematik perlu dibentuk supaya proses penjadualan yang lebih adil dapat diperoleh oleh jururawat. Kajian ini membincangkan tentang pembinaan model bagi masalah penjadualan jururawat tersebut. Model ini menggunakan pendekatan pengaturcaraan gol 0-1. Model yang dibangunkan ini juga mempertimbangkan objektif hospital dan kehendak jururawat. Objektif hospital adalah memastikan perkhidmatan yang berterusan dan bersesuaian dengan bilangan jururawat. Manakala corak kerja yang dikehendaki oleh jururawat seperti mengelakkan pengasingan hari bertugas dan mengelakkan pengasingan hari berehat, dapat dipertimbangkan dalam penjadualan ini. Model PG ini diselesaikan dengan menggunakan perisian LINGO dan didapati memberikan hasil yang lebih baik berbanding kaedah yang diamalkan sekarang.