Perbandingan inventori vokal dialek Kelantan dan Negeri Sembilan

Kajian ini memfokuskan perbandingan inventori vokal antara dialek Kelantan dan Negeri Sembilan. Kajian sebelum ini lebih menumpukan kepada kajian salah satu dialek sahaja tanpa membuat perbandingan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menjelaskan persamaan dan perbezaan inventori kedua-dua dialek...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurliayana Zainal Abidin, Adi Yasran Abdul Aziz
Format: Article
Language:English
Published: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10914/
http://journalarticle.ukm.my/10914/
http://journalarticle.ukm.my/10914/1/IMAN-2016-0402-07.pdf
Description
Summary:Kajian ini memfokuskan perbandingan inventori vokal antara dialek Kelantan dan Negeri Sembilan. Kajian sebelum ini lebih menumpukan kepada kajian salah satu dialek sahaja tanpa membuat perbandingan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menjelaskan persamaan dan perbezaan inventori kedua-dua dialek yang dikaji yang dilihat dari segi fitur distingtif dan penyebaran kedudukan vokal-vokal tersebut. Teori yang diaplikasikan dalam kajian ini ialah teori fonologi generatif. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian deskriptif dan kajian kepustakaan bagi mengenal pasti sistem bunyi vokal bagi kedua-dua dialek. Dapatan kajian mendapati bahawa pendapat tentang inventori vokal bagi dialek Kelantan adalah sama dengan Negeri Sembilan sama ada daripada pengkaji fonologi dan juga pengkaji fonologi generatif. Dialek Kelantan mempunyai enam vokal iaitu /i/, /e/, /ǝ/, /o/, /u/ dan /a/. Namun, terdapatnya percanggahan pendapat tentang jumlah vokal dialek Negeri Sembilan. Pengkaji fonologi berpendapat hanya ada lima vokal dalam dialek itu iaitu vokal /ǝ/ tidak wujud dalam dialek Negeri Sembilan manakala ahli fonologi generatif berpendapat vokal /ǝ/ masih wujud dalam bentuk dalaman dalam perkataan dialek Negeri Sembilan.