Faktor ekstralinguistik: motivasi dalam pembelajaran bahasa kedua dalam kalangan pelajar asing di 5 universiti di Malaysia
Penyelidikan mengenai hubungan tentang faktor ekstralinguistik bahasa kedua dengan pencapaian bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing di universiti-universiti di Malaysia masih kurang. Menyedari hakikat ini, pengkaji telah menjalankan satu kajian terhadap faktor ekstralinguistik yang dominan da...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10915/ http://journalarticle.ukm.my/10915/ http://journalarticle.ukm.my/10915/1/IMAN-2016-0402-08.pdf |
Summary: | Penyelidikan mengenai hubungan tentang faktor ekstralinguistik bahasa kedua dengan pencapaian bahasa Melayu dalam
kalangan pelajar asing di universiti-universiti di Malaysia masih kurang. Menyedari hakikat ini, pengkaji telah menjalankan
satu kajian terhadap faktor ekstralinguistik yang dominan dalam pembelajaran bahasa kedua. Penyelidik berminat untuk
mengkaji motivasi sebagai salah satu faktor utama dalam ekstralinguistik. Sebagai kesinambungan daripada usahausaha
ini, penyelidik cuba untuk menganalisis faktor yang paling dominan dalam motivasi intrinsik dan ekstrinsik dalam
pembelajaran bahasa kedua. Sampel kajian terdiri daripada sekumpulan pelajar asing dari Universiti Putra Malaysia
(UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan
Universiti Sains Malaysia (USM). Jumlah 150 sampel adalah daripada 27 buah negara. Hasil daripada pemerhatian dan
kajian lapangan menunjukkan bahawa pelajar asing memilih Soalan 5 sebagai pemboleh ubah motivasi intrinsik yang
dominan. Apabila pelajar asing mempunyai masalah untuk memahami sesuatu di dalam kelas bahasa Melayu, mereka
selalu bertanya kepada guru untuk meminta pertolongan. Hal ini menunjukkan bahawa tahap pergantungan mereka
terhadap guru adalah tinggi. Manakala, bagi motivasi ekstrinsik pula, pelajar memilih Soalan 11 sebagai pemboleh ubah
yang dominan dalam motivasi. Bagi pelajar asing, belajar bahasa Melayu adalah penting kerana mereka berupaya untuk
berinteraksi dengan lebih mudah dengan penutur jati bahasa Melayu. Secara keseluruhannya, motivasi intrinsik dalam
kalangan pelajar asing berada di tahap paling tinggi berbanding motivasi ekstrinsik. |
---|