Perlindungan alam sekitar terhadap aspek kecuaian di bawah undang-undang Tort melalui mediasi ke arah pembangunan mampan di Malaysia

Undang-undang tort merupakan salah satu undang-undang persendirian yang memainkan peranan penting dalam perlindungan alam sekitar bagi mencapai pembangunan mampan. Undang-undang tort ini boleh dibahagi kepada beberapa bahagian termasuklah kecuaian, kacauganggu, pencerobohan dan tanggungan keras. S...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Rizal Razman, Mazlin Mokhtar, Siti Naaishah Hambali, Sharifah Zarina Syed Zakaria, Zuliskandar Ramli
Format: Article
Language:English
Published: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10916/
http://journalarticle.ukm.my/10916/
http://journalarticle.ukm.my/10916/1/IMAN-2016-0402-09.pdf
Description
Summary:Undang-undang tort merupakan salah satu undang-undang persendirian yang memainkan peranan penting dalam perlindungan alam sekitar bagi mencapai pembangunan mampan. Undang-undang tort ini boleh dibahagi kepada beberapa bahagian termasuklah kecuaian, kacauganggu, pencerobohan dan tanggungan keras. Sehubungan dengan itu, kertas ini mengkaji undang-undang tort tumpuan kepada aspek kecuaian di dalam hal yang berkaitan dengan perlindungan alam sekitar ke arah pembangunan mampan. Kertas ini turut mengenal pasti kes dan tindakan yang berkaitan dengan perlindungan alam sekitar ke arah pembangunan mampan menerusi undang-undang tort tumpuan kepada aspek kecuaian di Malaysia. Akhir sekali, kertas ini juga membincangkan mengenai undang-undang yang tersebut di atas sebagai instrumen untuk perlindungan alam sekitar ke arah pembangunan mampan bukan hanya melalui proses tuntutan penyelesaian pertikaian di mahkamah sahaja tetapi di luar mahkamah seperti mediasi. Proses tuntutan penyelesaian pertikaian melalui mediasi agak luwes berbanding proses di mahkamah. Mediasi memberi penekanan kepada aspek komunikasi dan rundingan dalam mencari jalan penyelesaian pertikaian yang kompleks, yang mana, perkara ini adalah selaras dengan pembangunan mampan.