Imperialisme linguistik, bahasa Negeri Sembilan dan jati diri: apa, mengapa, bagaimana
Telah diketahui umum bahawa masyarakat Negeri Sembilan dikatakan mengalami pengaruh budaya daripada luar, iaitu adat perpatih dari Minangkabau, Sumatera. Ekoran daripada itu, kini, wujud stereotaip dan salah faham tentang kaitan bahasa Minangkabau dengan bahasa Negeri Sembilan di kalangan masyarak...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10919/ http://journalarticle.ukm.my/10919/ http://journalarticle.ukm.my/10919/1/IMAN-2016-0403-01.pdf |
Summary: | Telah diketahui umum bahawa masyarakat Negeri Sembilan dikatakan mengalami pengaruh budaya daripada luar,
iaitu adat perpatih dari Minangkabau, Sumatera. Ekoran daripada itu, kini, wujud stereotaip dan salah faham
tentang kaitan bahasa Minangkabau dengan bahasa Negeri Sembilan di kalangan masyarakat, seolah-olah berlaku
gejala ‘imperialisme linguistik’. Mengambil perspektif know of what, why, and how makalah ini menerangkan konsep
imperialisme linguistik, rasional konsep itu diuji terhadap bahasa Negeri Sembilan, dan kaedah ujian dilaksanakan,
sebagai salah satu bahagian awal daripada sebuah projek penyelidikan fundamental dalam usaha membuktikan
hipotesis bahawa walaupun daripada segi budaya, masyarakat Negeri Sembilan mengamalkan sistem sosial adat
perpatih, tetapi daripada segi bahasa, masyarakat bahasa negeri tersebut tidak mengamalkan bahasa Minangkabau.
Masyarakat bahasa Melayu Negeri Sembilan mempunyai identiti bahasa sendiri. Ini bermakna, walaupun budaya dan
sistem sosial Minangkabau menguasai masyarakat Negeri Sembilan, tetapi tidak pada bahasanya atau dalam kata
lain, bahasa Negeri Sembilan bebas imperialisme linguistik bahasa Minangkabau. |
---|