Model Bersepadu Penerapan Kemahiran Abad ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran
Makalah ini mengemukakan Model Bersepadu Penerapan Kemahiran Abad ke-21 yang telah dibangunkan hasil kajian kes melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) terhadap empat orang guru yang melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar. Analisis...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11046/ http://journalarticle.ukm.my/11046/ http://journalarticle.ukm.my/11046/1/19590-55770-1-SM.pdf |
Summary: | Makalah ini mengemukakan Model Bersepadu Penerapan Kemahiran Abad ke-21 yang telah dibangunkan hasil
kajian kes melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
terhadap empat orang guru yang melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar. Analisis tematik secara deduktif dan
induktif dilakukan terhadap data yang diperoleh bagi mengenalpasti tema-tema penting berkaitan teknik pengajaran
yang digunakan guru untuk menerapkan kemahiran abad ke-21 semasa PdP dijalankan. Tema-tema ini kemudiannya
dibentang dan dipersetujui di dalam sesi ‘debriefing’ yang dihadiri empat orang pengkaji yang lain. Dapatan kajian
menunjukkan elemen utama yang menentukan kejayaan penerapan kemahiran abad ke-21 ini adalah kearifan
profesional guru. Kearifan profesional guru merupakan integrasi pengetahuan praktikal guru dalam melaksanakan
aktiviti PdP dengan pengetahuan konteks di mana mereka berada, yang diperhalusi melalui amalan refleksi yang
berterusan. Bersandarkan kearifan profesional yang dimiliki, penerapan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan
pelajar dapat dilakukan apabila guru dapat mengintegrasikan kaedah pengajaran yang merangkumi pembelajaran
koperatif, bilik darjah demokratik dan teknik motivasi yang bersesuaian. Pembelajaran koperatif akan menjadi lebih
berjaya apabila guru turut mengamalkan ciri bilik darjah demokratik yang menekankan konsep kesamaan peluang,
kebebasan bersuara serta perkongsian kuasa antara guru dan pelajar. Aktiviti PdP sebegini akan mampu meningkatkan
motivasi dan keterlibatan pelajar di dalam bilik darjah dan sekaligus membina kemahiran yang diperlukan bagi
mendepani cabaran abad ke-21. |
---|