Membran selulosa kenaf terjana semula daripada larutan akues NaOH/urea yang digumpal menggunakan asid sulfurik

Membran selulosa terjana semula (MS) daripada pulpa teras kenaf telah berjaya dihasilkan menggunakan kaedah pra penyejukan dan digumpal menggunakan larutan asid sulfurik. MS disediakan daripada pelarutan selulosa kenaf dalam larutan akues NaOH/urea dan larutan selulosa seterusnya digumpal dengan H2S...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nor Aziawati Azahari, Sarani Zakaria, Hatika Kaco, Gan, Sin Yee, Chin, Hua Chia, Sharifah Nabihah Syed Jaafar, Mohd Shaiful Sajab
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11062/
http://journalarticle.ukm.my/11062/
http://journalarticle.ukm.my/11062/1/14%20Nor%20Aziawati.pdf
Description
Summary:Membran selulosa terjana semula (MS) daripada pulpa teras kenaf telah berjaya dihasilkan menggunakan kaedah pra penyejukan dan digumpal menggunakan larutan asid sulfurik. MS disediakan daripada pelarutan selulosa kenaf dalam larutan akues NaOH/urea dan larutan selulosa seterusnya digumpal dengan H2SO4 pada kepekatan 5-12 peratus berat (% bt.) selama 1-10 min. Pengaruh kepekatan penggumpal H2SO4 dan masa penggumpalan ke atas struktur, saiz liang, sifat mekanik dan ketelusan cahaya MS telah dikaji menggunakan pembelauan sinar-X (XRD), imbasan mikroskop elektron tekanan boleh ubah (VPSEM), penguji regangan dan spektrofotometer ultra-violet sinar tampak (UV-vis). Keputusan VPSEM menunjukkan perubahan saiz liang membran bergantung kepada kepekatan larutan penggumpal H2SO4, manakala masa penggumpalan tidak mempengaruhi saiz liang membran. Membran yang direndam dengan larutan penggumpal pada kepekatan 10 % bt. dan masa pembekuan yang sederhana iaitu 5 min menunjukkan sifat mekanik yang lebih baik dengan nilai kekuatan regangan masing-masing 41.9 dan 43.5 MPa. Oleh itu, kajian ini dapat memberikan maklumat mengenai penyediaan MS dengan pelbagai saiz liang dan sifat mekanik dengan pengubahsuaian kepekatan dan masa penggumpalan.