Profil tumbuh-tumbuhan dalam pantun Melayu

Makalah ini bertujuan untuk membincangkan kategori leksikon tumbuh-tumbuhan dan deskripsi profilnya dalam pantun Melayu. Penelitian juga bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan leksikal masyarakat tentang leksikon tumbuh-tumbuhan dalam pantun Melayu. Untuk tujuan tersebut, analisis dilakukan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Kartini Abd Wahab
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11074/
http://journalarticle.ukm.my/11074/
http://journalarticle.ukm.my/11074/1/15374-43863-1-PB.pdf
Description
Summary:Makalah ini bertujuan untuk membincangkan kategori leksikon tumbuh-tumbuhan dan deskripsi profilnya dalam pantun Melayu. Penelitian juga bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan leksikal masyarakat tentang leksikon tumbuh-tumbuhan dalam pantun Melayu. Untuk tujuan tersebut, analisis dilakukan ke atas 50 data pantun yang mengandungi unsur tumbuhan-tumbuhan yang diambil daripada teks Kundi Merah Saga: Kumpulan Pantun Lisan Melayu; manakala soal selidik pula dijalankan ke atas 30 responden dalam lingkungan umur 20-an hingga 30-an yang menetap di Bangi, Selangor, Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa pantun Melayu mendeskripsikan profil tumbuh-tumbuhan dari segi habitat, ciri botani, khasiat dan kegunaannya sebagai sumber makanan, perubatan dan ekonomi masyarakat. Dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat beberapa jenis leksikon tumbuh-tumbuhan dalam pantun Melayu, yang tidak diketahui responden. Kesimpulannya, deskripsi profil tumbuh-tumbuhan dalam pantun menggambarkan hubungan antara leksikon tumbuhan-tumbuhan dan lingkungannya, khususnya dalam konteks tumbuhtumbuhan sebagai sumber alam semulajadi yang memenuhi keperluan biologi, ekonomi dan juga keperluan sosial masyarakat.