Ekonomi pengalaman dalam sektor gastronomi dari lensa komuniti setempat
Gastronomi merupakan salah satu sektor dalam pelancongan yang kini mendominasi perkembangan ekonomi pengalaman. .Ekonomi pengalaman, yang diperkenalkan oleh Pine dan Gilmore (1998), mencadangkan bahawa pengguna mencari The Four Realms yang terdiri daripada empat unsur; pendidikan, hiburan, estetik...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11081/ http://journalarticle.ukm.my/11081/ http://journalarticle.ukm.my/11081/1/15654-43793-1-PB.pdf |
Summary: | Gastronomi merupakan salah satu sektor dalam pelancongan yang kini mendominasi perkembangan ekonomi
pengalaman. .Ekonomi pengalaman, yang diperkenalkan oleh Pine dan Gilmore (1998), mencadangkan bahawa
pengguna mencari The Four Realms yang terdiri daripada empat unsur; pendidikan, hiburan, estetik dan kelainan
semasa mendapatkan barangan atau perkhidmatan. Walau bagaimanapun, bagaimana penduduk tempatan
mengungkapkan ekonomi pengalaman dalam konteks sektor gastronomi masih tidak jelas walaupun lokasi mereka
telah terkenal diiktiraf sebagai destinasi gastronomi. Artikel ini bertujuan untuk menilai prestasi pengalaman
ekonomi dalam sektor gastronomi, terutaman di restoran dan kafe premis di Bandar Baru Bangi. Kawasan kajian ini
dipilih kerana ia terkenal dan diiktiraf sebagai destinasi gastronomi bukan sahaja dalam kalangan penduduk setempat
tetapi juga masyarakat luar. Hasil kajian diperolehi melalui pemerhatian di lapangan dan survei ke atas 382
responden yang terdiri daripada komuniti setempat di Bandar Baru Bangi menggunakan persampelan bertujuan.
Hasil kajian menunjukkan bahawa pengalaman estetik dan kelainan lebih menonjol daripada pengalaman pendidikan
dan hiburan. Penduduk merasakan bahawa premis gastronomi melibatkan banyak unsur pengalaman berbentuk
fizikal dan langsung seperti menikmati hidangan autentik. Sebaliknya, pendidikan dan pengalaman hiburan kurang
dirasakan dalam sektor ini, kerana ia melibatkan pengaruh penyerapan dalam minda pelanggan. Dapatan kajian ini
boleh digunakan oleh usahawan sektor gastronomi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan, dan
memposisikan sektor gastronomi sebagai ekonomi pengalaman yang dominan. |
---|