Memperaga Cirian Urang Sunda dalam pelayanan homestay

Salah satu faktor yang dapat memberikan kepuasan terhadap pelancong adalah faktor layanan. Daripada beberapa produk pelancongan yang menyediakan layanan, salah satu daripada nya adalah pada produk akomodasi atau penginapan, di mana penginapan merupakan salah satu produk asas dalam sektor pelancongan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Kiki Rizki Makiya, Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh, Er, Ah Choy
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11095/
http://journalarticle.ukm.my/11095/
http://journalarticle.ukm.my/11095/1/16270-45582-1-PB.pdf
Description
Summary:Salah satu faktor yang dapat memberikan kepuasan terhadap pelancong adalah faktor layanan. Daripada beberapa produk pelancongan yang menyediakan layanan, salah satu daripada nya adalah pada produk akomodasi atau penginapan, di mana penginapan merupakan salah satu produk asas dalam sektor pelancongan. Dalam memberikan layanan yang baik juga dipengaruhi oleh beberapa faktor, salah satunya adalah faktor individu yang terlibat dalam layanan. Dalam kajian ini, faktor yang menjadi sorotan adalah pada lima karakteristik Urang Sunda. Oleh sebab itu, makalah ini memiliki tujuan untuk mengkaji pengaruh karakteristik Urang Sunda dalam layanan penginapan homestay. Makalah ini menilai peranan karakteristik Urang Sunda dalam tiga peringkat, iaitu Urang Sunda pada peringkat individu, Urang Sunda pada peringkat komuniti dan Urang Sunda pada peringkat sosial. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Soal selidik telah di edar kepada 300 orang responden yang menginap di homestay Urang Sunda dan responden di pilih secara rawak. Kajian ini menunjukkan bahawa karakteristik Urang Sunda nampak menonjol dalam memberikan kesan yang positif kepada pengunjung homestay. Pada masing-masing peringkat terdapat karakteristik yang lebih menonjol daripada peringkat lainnya. Hasil kajian ini juga dapat menjadi acuan kepada pihak-pihak yang terkait dalam pengembangan homestay Urang Sunda untuk menjadikan karakteristik Urang Sunda sebagai satu tarikan sebagai usaha memberikan kepuasan terhadap pelancong.