Hidup berkeluarga melalui didikan amalan Q-Rohani (afektif): satu pendekatan Fuzzy Delphi

Pelbagai pendekatan telah digunakan dalam membentuk sebuah keluarga yang sejahtera dan salah satunya adalah pendekatan kerohanian. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti elemen Q-Rohani berdasarkan kesepakatan pakar dalam usaha membentuk sebuah keluarga yang sejahtera. Pakar-pakar kajia...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zaharah Hussin, Ahmad Arifin Sapar, Saedah Siraj, Mohd Ridhuan Mohd Jamil, Abdul Muqsith Ahmad, Nurul Rabihah Mat Noh
Format: Article
Language:English
Published: Department of Da'wah and Leadership Studies, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11199/
http://journalarticle.ukm.my/11199/
http://journalarticle.ukm.my/11199/1/201-1081-2-PB.pdf
Description
Summary:Pelbagai pendekatan telah digunakan dalam membentuk sebuah keluarga yang sejahtera dan salah satunya adalah pendekatan kerohanian. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti elemen Q-Rohani berdasarkan kesepakatan pakar dalam usaha membentuk sebuah keluarga yang sejahtera. Pakar-pakar kajian terdiri daripada 12 orang pakar yang dipilih berdasarkan kepakaran mereka di dalam bidang kekeluargaan, kaunseling dan nilai. Selain itu, pakar yang dipilih juga terdiri dari mereka yang mempunyai pengalaman melebihi 10 tahun dalam bidang masing-masing. Kajian ini menggunakan kaedah Fuzzy Delphi dalam menganalisa data yang diperoleh. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua elemen Q-Rohani diterima kecuali elemen mengurangkan atau mengelakkan mendengar lagu-lagu. Elemen ini ditolak apabila peratusan persetujuan kumpulan pakar adalah kurang 75%, dan nilai ambang (threshold value, d) melebihi daripada 0.2. Elemen menanam rasa kasih sayang sesama keluarga dan mukmin menjadi keutamaan dalam pembentukan keluarga sejahtera dan ia merupakan elemen terpenting dalam melahirkan insan yang bersifat pengasih dan disukai Allah. Elemen utama tersebut berserta sub elemen digunakan bagi menghasilkan kerangka keutamaan elemen-elemen Q-Rohani (afektif) dalam hidup berkeluarga.