Keanjalan buruh-output dan keperluan pekerja asing dalam sektor pembuatan di Malaysia
Artikel ini bertujuan menganalisis keanjalan buruh-output pekerja asing bagi keseluruhan sektor pembuatan dan mengikut sub-sektor pembuatan terpilih di Malaysia. Berdasarkan kepada nilai keanjalan ini, unjuran terhadap keperluan pekerja asing bagi tahun 2020 dilakukan. Pekerja asing diklasifikasik...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11239/ http://journalarticle.ukm.my/11239/ http://journalarticle.ukm.my/11239/1/jeko_51%281%29-1.pdf |
Summary: | Artikel ini bertujuan menganalisis keanjalan buruh-output pekerja asing bagi keseluruhan sektor pembuatan dan
mengikut sub-sektor pembuatan terpilih di Malaysia. Berdasarkan kepada nilai keanjalan ini, unjuran terhadap
keperluan pekerja asing bagi tahun 2020 dilakukan. Pekerja asing diklasifikasikan kepada tiga kategori, iaitu pekerja
profesional asing (pengurusan, profesional dan eksekutif), pekerja teknikal asing (teknikal dan penyeliaan) dan
pekerja am asing (perkeranian, operator pengeluaran dan lain-lain). Analisis artikel ini menggunakan data panel
Penyiasatan Industri Pembuatan dari Jabatan Perangkaan Malaysia pada peringkat 5 digit mengikut Piawaian
Klasifikasi Industri Malaysia (MSIC) bagi tempoh 1990-2010. Kaedah Seemingly Unrelated Regression (SUR) digunakan
bagi menganggar model permintaan pekerja asing mengikut tiga kategori pekerjaan. Dapatan kajian menunjukkan
keanjalan buruh-output pekerja asing bagi keseluruhan sektor pembuatan adalah positif dan signifikan bagi kesemua
kategori pekerjaan. Namun terdapat nilai keanjalan buruh-output yang negatif apabila analisis dilakukan mengikut
subsektor pembuatan. Unjuran keperluan pekerja asing bagi tahun 2020 menunjukkan permintaan kepada pekerja
profesional asing, pekerja teknikal asing dan pekerja am asing masing-masing dijangka meningkat sebanyak 10.5
peratus, 8.3 peratus dan 10.0 peratus. Ini memberi implikasi bahawa kerajaan perlu meningkatkan penawaran
buruh tempatan bagi ketiga-tiga kategori ini sesuai dengan keperluan sektor pembuatan supaya kebergantungan
kepada pekerja asing dapat dikurangkan. |
---|