Dasar fiskal terhadap perbelanjaan swasta: analisis SVAR di Malaysia
Bermula dengan episod belanjawan defisit yang berpanjangan sejak tahun 1998 di NSM, menunjukkan kutipan hasil cukai kerajaan tidak berupaya untuk menampung perbelanjaan yang menyebabkan kerajaan perlu memikirkan sumber pembiayaan alternatif seperti melalui terbitan bon. Mengikut teori dana boleh p...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11246/ http://journalarticle.ukm.my/11246/ http://journalarticle.ukm.my/11246/1/jeko_51%281%29-8.pdf |
Summary: | Bermula dengan episod belanjawan defisit yang berpanjangan sejak tahun 1998 di NSM, menunjukkan kutipan hasil
cukai kerajaan tidak berupaya untuk menampung perbelanjaan yang menyebabkan kerajaan perlu memikirkan
sumber pembiayaan alternatif seperti melalui terbitan bon. Mengikut teori dana boleh pinjam, terbitan bon kerajaan
menyebabkan penurunan harga bon dan seterusnya cenderung meningkatkan kadar bunga pasaran. Kenaikan kadar
bunga pasaran menyebabkan kos dana meningkat yang menyebabkan firma cenderung mengecilkan saiz pelaburan. Ini
menyebabkan peningkatan perbelanjaan kerajaan yang dibiayai melalui terbitan bon tidak dapat memberikan kesan
sepenuhnya kepada peningkatan pendapatan negara malahan mewujudkan kesan asakan keluar ke atas pelaburan
swasta. Kertas ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan dasar fiskal iaitu kejutan positif perbelanjaan kerajaan dan
hasil kerajaan (cukai) terhadap pelaburan swasta di Malaysia. Kajian ini menggunakan model SVAR (Structural Vector
Autoregressive) dalam ekonomi terbuka bersaiz kecil untuk mengenal pasti tindak balas dinamik kejutan dasar fiskal
terhadap pelaburan swasta. Data kajian adalah data siri masa sukuan bagi tempoh 1991:1-2016:3. Analisis fungsi
tindak balas impulse dan penguraian varian telah digunakan untuk mengupas keberkesanan dasar fiskal terhadap
perbelanjaan swasta. Hasil kajian menunjukkan kesan kejutan perbelanjaan kerajaan mewujudkan kesan asakan
keluar terhadap pelaburan swasta manakala bagi penggunaan swasta mengalami kesan positif. Bagi kesan kejutan
hasil cukai kerajaan menunjukkan keputusan yang sama iaitu pelaburan swasta mengalami kesan negatif manakala
penggunaan swasta mengalami kesan positif. |
---|