Aktor bukan negara dan keselamatan nasional di Malaysia: Tentera Diraja Sulu dan Pencerobohan Lahad Datu, 2013
Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia berhadapan beberapa bentuk ancaman keselamatan seperti ancaman Komunis, konfrontasi Indonesia, tuntutan Filipina ke atas Sabah dan sebagainya. Namun, era pasca Perang Dingin berlaku perubahan dalam memahami keselamatan di mana ancaman keselamatan nasional banyak...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11263/ http://journalarticle.ukm.my/11263/ http://journalarticle.ukm.my/11263/1/12936-61624-1-PB.pdf |
Summary: | Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia berhadapan beberapa bentuk ancaman keselamatan seperti ancaman Komunis, konfrontasi Indonesia, tuntutan Filipina ke atas Sabah dan sebagainya. Namun, era pasca Perang Dingin berlaku perubahan dalam memahami keselamatan di mana ancaman keselamatan nasional banyak disumbangkan oleh aktor-aktor bukan negara, misalnya kumpulan pengganas. Oleh itu, makalah ini membincangkan mengenai insiden pencerobohan oleh kumpulan yang dikenali sebagai Tentera Diraja Sulu (RSA) di Tanduo pada 2013. Pencerobohan ini memberikan gambaran bahawa aktor bukan negara juga mampu memberikan ancaman keselamatan yang sangat besar kepada keselamatan nasional. Malahan insiden ini menunjukkan bahawa ancaman yang ditimbulkan oleh kumpulan ini adalah lebih besar daripada ancaman yang ditimbulkan oleh elemen-elemen keselamatan tradisional yang menekankan kepentingan aktor negara dan penggunaan ketenteraan oleh negara lain seperti yang difahami dalam kajian keselamatan. Dalam menjelaskan bagaimana ancaman ini dilihat sebagai salah satu ancaman yang serius kepada keselamatan negara, beberapa indikator akan digunakan; pertama, cara kerajaan bertindak menangani ancaman ini; kedua, jumlah kematian yang disebabkan oleh RSA; ketiga, panik dan ketakutan dalam kalangan pasukan keselamatan dan masyarakat; dan keempat, jumlah wang yang diperuntukkan untuk menangani masalah ini. Artikel ini berhujah bahawa ancaman yang ditimbulkan oleh kumpulan ini menunjukkan dengan jelas bagaimana aktor bukan negara juga memberikan implikasi yang besar kepada keselamatan nasional di Malaysia. Oleh itu, satu pendekatan holistik diperlukan dalam usaha menangani masalah ini. Dalam usaha menyiapkan makalah ini, selain menggunakan bahan perpustakaan dan surat khabar, penulis turut menggunakan beberapa pendekatan lain seperti pemerhatian, temu bual, kerja lapangan di kawasan terbabit dan sebagainya untuk melihat keseriusan ancaman yang ditimbulkan oleh aktor bukan negara ini. |
---|