Wasiat sebagai instrumen perancangan harta Islam: prosedur dan pelaksanaan
Wasiat dalam undang-undang Islam merupakan satu konsep yang tersendiri dan berbeza dengan undang-undang sivil. Ketidakfahaman masyarakat Islam mengenai hukum dan prosedur wasiat merupakan sebahagian punca wasiat tidak dipraktikkan secara optimum dalam perancangan harta orang Islam dan seterusnya...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11312/ http://journalarticle.ukm.my/11312/ http://journalarticle.ukm.my/11312/1/18517-52508-1-SM.pdf |
Summary: | Wasiat dalam undang-undang Islam merupakan satu konsep yang tersendiri dan
berbeza dengan undang-undang sivil. Ketidakfahaman masyarakat Islam mengenai
hukum dan prosedur wasiat merupakan sebahagian punca wasiat tidak dipraktikkan
secara optimum dalam perancangan harta orang Islam dan seterusnya menyebabkan
isu harta pusaka tidak dituntut masih berterusan. Justeru, makalah ini memfokuskan
kepada situasi pewarisan harta yang perlu kepada wasiat dan sudut pelaksanaannya.
Negeri Selangor sebagai negeri pertama di Malaysia yang melulus dan melaksanakan
undang-undang wasiat dijadikan sebagai rujukan. Skop makalah ini dihadkan
kepada peranan Majlis Agama Islam Selangor dalam menyediakan perkhidmatan
pengurusan wasiat yang berpandukan Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999
(No. 4/1999) dan Kaedah-kaedah Pengurusan Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor)
2008 (No. 13/2008). Untuk tujuan tersebut, makalah ini akan menghuraikan konsep
wasiat dalam undang-undang Islam dan peranannya sebagai instrumen perancangan
harta yang berkesan. Makalah ini menggunakan pendekatan analisis dokumen dan
pemerhatian terhadap pelaksanaan wasiat di Majlis Agama Islam Selangor. Wasiat
sesuai dijadikan sebagai instrumen perancangan harta. Namun, hal ini memerlukan
beberapa pindaan kepada undang-undang yang sedia ada seperti yang dicadangkan
dalam makalah ini. |
---|