Peranan al-Quran dalam Kitab Nasa'ih al-'Ibad oleh Shaykh Nawawi al-Bantani

Kitab Nasa'ih al-'Ibad karangan Shaykh Nawawi al-Bantani merupakan antara kitab klasik terpenting tentang aspek Targhib wa Tarhib, yang tersebar luas di Asia Tenggara khususnya bagi masyarakat Indonesia. Kitab ini berisi nasihat-nasihat agama yang sebahagian kecil ada bersumber daripada al...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Arwansyah, Faisal Ahmad Shah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11318/
http://journalarticle.ukm.my/11318/
http://journalarticle.ukm.my/11318/1/18542-52562-1-SM.pdf
Description
Summary:Kitab Nasa'ih al-'Ibad karangan Shaykh Nawawi al-Bantani merupakan antara kitab klasik terpenting tentang aspek Targhib wa Tarhib, yang tersebar luas di Asia Tenggara khususnya bagi masyarakat Indonesia. Kitab ini berisi nasihat-nasihat agama yang sebahagian kecil ada bersumber daripada al-Quran yang digunakan sebagai penyokong atau penguat bagi hadis-hadis yang terdapat di dalamnya. Untuk itu kewujudan al-Quran yang terdapat dalam kitab tersebut. Makalah ini akan menganalisis ayat-ayat al-Quran yang terdapat dalam kitab Nasa'ih al-'Ibad untuk melihat sejauh mana peranannya dalam membantu atau menyokong hadis-hadis yang terdapat dalam kitab tersebut. Makalah ini menggunakan metode kajian dokumentasi dengan merujuk langsung kepada kitab Nasa'ih al-'Ibad dan membandingkannya dengan penulisan ulama-ulama lain. Akhir sekali makalah ini merumuskan bahawa Shaykh Nawawi al-Bantanilebih menumpukan penerangan kitabnya kepada hadis-hadis, athar-athar dan perkataan hukama’ dibandingkan al-Quran, walau bagaimanapun sedikit banyaknya kewujudan al-Quran tetap menjadi penyokong dan memiliki peranan dalam penulisan beliau.