Penggunaan kaedah pembelajaran koperatif Jigsaw II terhadap pencapaian pembelajaran teks puisi tradisional dalam kalangan pelajar kolej vokasional
Isu yang sentiasa dibangkitkan dalam pembelajaran Kesusasteraan Melayu adalah mengenai masalah untuk memahami teks sastera yang dikaji di samping persekitaran pembelajaran yang membosankan. Selain itu, terdapat juga guru-guru yang masih kurang pengetahuan mengenai tahap pelaksanaan teknik Jigsaw...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11354/ http://journalarticle.ukm.my/11354/ http://journalarticle.ukm.my/11354/1/149-290-1-SM.pdf |
Summary: | Isu yang sentiasa dibangkitkan dalam pembelajaran Kesusasteraan Melayu
adalah mengenai masalah untuk memahami teks sastera yang dikaji di samping
persekitaran pembelajaran yang membosankan. Selain itu, terdapat juga guru-guru
yang masih kurang pengetahuan mengenai tahap pelaksanaan teknik Jigsaw II
menyebabkan teknik ini masih jarang digunakan dalam pembelajaran. Masih terdapat
guru-guru yang mengamalkan kaedah pembelajaran bersifat tradisional menyebabkan
para pelajar berasa bosan dan sukar untuk menguasai mesej yang cuba disampaikan
melalui teks sastera. Secara khusus, pengkaji ingin mengkaji sejauh mana
berkesannya kaedah pembelajaran koperatif Jigsaw II dalam meningkatkan prestasi
kefahaman pelajar terhadap kemahiran membaca teks sastera melalui 5 tahap
pelaksanaan Jigsaw II yang telah digariskan oleh Slavin (1995). Kajian yang
berbentuk kuasi eksperimen ini melibatkan 60 orang responden, iaitu 30 orang dalam
kumpulan kawalan dan 30 orang dalam kumpulan eksperimen. Soal selidik dan set
kuiz sebelum dan selepas pelaksanaan teknik Jigsaw II diberikan. Hasil kajian
menunjukkan teknik Jigsaw II berkesan dalam meningkatkan pencapaian
pembelajaran dalam teks puisi tradisional kumpulan eksperimen berbanding
kumpulan kawalan. Teknik Jigsaw II juga memupuk suasana pembelajaran yang aktif
dan tanggungjawab untuk menuntut ilmu pengetahuan yang tinggi dalam kalangan
responden. |
---|