Potensi di luar tempurung : halatuju digitalisasi sejarah di Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mendedahkan kepada tenaga pengajar tentang pendigitalan sejarah dan aplikasi disiplin baru ini dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah Malaysia. Kajian ini merujuk kepada perkembangan di negara Barat di mana aplikasi digital dan pendekatan pelbagai disiplin telah digun...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Shakila Yacob, Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, Rosilawati Zainol
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11403/
http://journalarticle.ukm.my/11403/
http://journalarticle.ukm.my/11403/1/16316-45728-1-PB.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mendedahkan kepada tenaga pengajar tentang pendigitalan sejarah dan aplikasi disiplin baru ini dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah Malaysia. Kajian ini merujuk kepada perkembangan di negara Barat di mana aplikasi digital dan pendekatan pelbagai disiplin telah digunakan untuk memperkasakan bidang sejarah. Komponen utama dalam pendekatan ini adalah disiplin sejarah dan salah satu disiplin pelengkap adalah bidang geografi. Sistem maklumat geografi dan aplikasi sistem maklumat geografi berasaskan internet atau dikenali sebagai Web-based Geographic Information System (web-based GIS) merupakan antara aplikasi yang disarankan dalam projek digitalisasi sejarah atau pendigitalan sejarah. Hasil kajian menunjukkan betapa pentingnya tenaga pengajar di Malaysia menggunakan pendekatan sejarah yang inovatif agar dapat memenuhi kehendak generasi Y yang celik komputer dan inginkan pembaharuan yang menarik dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah. Justeru itu, kajian ini mendedahkan tenaga pengajar kepada pendekatan baharu dan ia penting dalam usaha menarik minat pelajar terhadap ilmu sejarah serta menghargai kerelevenan sejarah dalam kehidupan seharian. Pendekatan baharu ini juga dapat memperkasakan ilmu sejarah dengan melibatkan kerjasama kerajaan dan swasta dalam projek digitalisasi yang dibangunkan.