Privasi dan keselamatan maklumat dalam kalangan pengguna instagram ketika membeli produk secara dalam talian
Perkembangan aplikasi media sosial telah mengubah masyarakat untuk lebih terbuka dari segi komunikasi dan penggunaan teknologi komunikasi. Media sosial membolehkan pengguna mengakses maklumat dalam kehidupan seharian. Media sosial juga menjadi platform untuk para peniaga mempromosi, menjual produ...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11435/ http://journalarticle.ukm.my/11435/ http://journalarticle.ukm.my/11435/1/14439-39813-1-SM.pdf |
Summary: | Perkembangan aplikasi media sosial telah mengubah masyarakat untuk lebih terbuka dari segi
komunikasi dan penggunaan teknologi komunikasi. Media sosial membolehkan pengguna
mengakses maklumat dalam kehidupan seharian. Media sosial juga menjadi platform untuk para
peniaga mempromosi, menjual produk dan berinteraksi dengan pengguna lain. Artikel ini
membincangkan privasi dan keselamatan maklumat dalam kalangan pengguna Instagram ketika
membeli secara dalam talian. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu secara soal selidik
yang diedarkan kepada 200 orang responden berbangsa Melayu di Lembah Klang. Kajian
mendapati pengguna menggunakan Instagram untuk mendapatkan maklumat ketika proses
pembelian produk. Selain itu, kajian juga menunjukkan pengguna mempunyai kesedaran serta
pengetahuan mengenai privasi dan keselamatan maklumat. Namun begitu pengguna tidak risau
untuk terus membeli produk melalui dalam talian. Kajian ini signifikan untuk dijadikan garis
panduan bagi peniaga untuk mengetahui tingkah laku pembeli dalam talian. |
---|