Fenomena jerebu antara perspektif Quran dan sains moden

Jerebu merupakan fenomena pencemaran udara yang memberi impak negatif kepada kesihatan dan kegiatan sosial masyarakat serta negara. Isu jerebu dibincangkan dalam al-Quran iaitu sura al-Dukhan secara menyeluruh. Kertas ini bertujuan menganalisis perbahasan berkaitan masalah jerebu yang disebutkan ole...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Yunus Mohd Noor, Nor Azilah Abdul Wahab, Asmilyia Mohd Mokhtar
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11531/
http://journalarticle.ukm.my/11531/
http://journalarticle.ukm.my/11531/1/10%20Ahmad%20Yunus%20Mohd%20Noor.pdf
Description
Summary:Jerebu merupakan fenomena pencemaran udara yang memberi impak negatif kepada kesihatan dan kegiatan sosial masyarakat serta negara. Isu jerebu dibincangkan dalam al-Quran iaitu sura al-Dukhan secara menyeluruh. Kertas ini bertujuan menganalisis perbahasan berkaitan masalah jerebu yang disebutkan oleh al-Quran dan tafsiran para sarjana Islam dalam konteks dan sudut pandang Islam. Kertas ini turut membincangkan punca dan kesan berlakunya masalah jerebu daripada perspektif sains. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan merujuk kepada kaedah transdisiplin daripada perspektif Quran dan sains. Keputusan kajian mendapati terdapat tafsiran para sarjana Islam yang mentafsirkan surah al-Dukhan dan fenomena jerebu yang berlaku pada zaman Rasullullah SAW. Ia merupakan azab dan seksaan kepada kaum Musyrikin disebabkan oleh perbuatan mereka yang enggan menerima ajaran Islam. Fenomena jerebu merupakan peringatan Allah dan pengajaran kepada umat manusia supaya sentiasa taat kepada perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya di samping bersama-sama menjaga keharmonian dan kesejahteraan alam semesta ini. Manakala para saintis pula mendapati fenomena jerebu yang berlaku adalah berpunca daripada asap dan habuk kesan daripada aktiviti antropogen dan semula jadi serta kesannya terhadap kesihatan tubuh badan manusia yang mengakibatkan hidung berair, masalah kulit, mata terasa pedih dan berair, batuk, sakit kerongkong, kesukaran untuk bernafas dan kesakitan di bahagian dada.