Pengoptimumam pemprosesan komposit rHDPE berpenguat sekam padi dengan kaedah tindak balas permukaan (RSM)

Kaedah tindak balas permukaan (RSM) telah digunakan untuk mengoptimumkan penyediaan biokomposit rHDPE berpenguat sekam padi sebagai pengisi. Sekam padi adalah sisa pertanian yang mempunyai ciri-ciri kayu dan digunakan secara pesat dalam bidang komposit kayu plastik. Kesan parameter suhu, tekanan ser...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nishata Royan Rajendran Royan, Abu Bakar Sulong, Nor Yuliana Yuhana, Mohd Hafizuddin Ab Ghani, Sahrim Ahmad
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11532/
http://journalarticle.ukm.my/11532/
http://journalarticle.ukm.my/11532/1/11%20Nishata%20Royan.pdf
Description
Summary:Kaedah tindak balas permukaan (RSM) telah digunakan untuk mengoptimumkan penyediaan biokomposit rHDPE berpenguat sekam padi sebagai pengisi. Sekam padi adalah sisa pertanian yang mempunyai ciri-ciri kayu dan digunakan secara pesat dalam bidang komposit kayu plastik. Kesan parameter suhu, tekanan serta masa proses tekanan panas ke atas kekuatan tegangan telah dikaji. Reka bentuk Box Bechken telah digunakan untuk menentukan parameter optimum biokomposit yang mempunyai kekuatan tegangan yang tinggi. Model tertib kedua telah dibangunkan untuk meramalkan kekuatan tegangan berdasarkan reka bentuk komposit. Didapati bahawa komposit sesuai digunakan apabila model regresi kuadratik dengan pekali penentu bilang (R2) yang tinggi. Keadaan proses menekan yang optimum dicapai pada suhu 180°C, tekanan 1000 psi dan masa 9 min dengan pekali penentu berbilang mencapai 97%. Di bawah keadaan yang optimum ini, komposit yang mengandungi 10, 20, 30, 40 dan 50% gentian RH telah disediakan. Kekuatan tegangan dan modulus tegangan biokomposit menunjukkan peningkatan apabila kandungan gentian RH ditambah.