Pengukuran tahap pemartabatan bahasa kebangsaan dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi
Peranan utama bahasa dalam masyarakat multietnik ialah sebagai alat perpaduan yang menyatukan masyarakat pelbagai bangsa dalam perkongsian pemikiran, pandangan semesta dan budaya berteraskan identiti kebangsaan negara. Namun, isu pemartabatan bahasa kebangsaan di Malaysia masih berterusan sehingg...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11630/ http://journalarticle.ukm.my/11630/ http://journalarticle.ukm.my/11630/1/15809-52948-1-PB.pdf |
Summary: | Peranan utama bahasa dalam masyarakat multietnik ialah sebagai alat perpaduan yang
menyatukan masyarakat pelbagai bangsa dalam perkongsian pemikiran, pandangan semesta
dan budaya berteraskan identiti kebangsaan negara. Namun, isu pemartabatan bahasa
kebangsaan di Malaysia masih berterusan sehingga kini sama ada di peringkat pembuat dasar
sehingga rakyat jelata. Oleh yang demikian, menjadi satu keperluan untuk mengenal pasti
tahap pemartabatan bahasa kebangsaan dalam senario masa kini melalui tiga aspek, iaitu i)
kefasihan, ii) pengiktirafan, dan iii) kecanggihan berbahasa. Justeru, satu kajian telah
dijalankan ke atas 407 mahasiswa Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia
(UPM), Universiti Selangor (UNISEL) dan Universiti Multimedia (MMU) dengan
menggunakan kaedah Pensampelan Rawak Berstrata. Hasil penganalisisan mendapati bahawa
tahap kefasihan dan pengiktirafan mahasiswa IPT adalah tinggi. Namun, tahap kecanggihan
mereka berbahasa adalah sederhana. Malahan, tahap keseluruhan pemartabatan bahasa
kebangsaan turut sederhana. Justeru, walaupun mahasiswa IPT fasih dan mengiktiraf bahasa
kebangsaan namun tahap kefasihan dan pengiktirafan ini tidak terlalu tinggi. Malahan mereka
juga belum sepenuhnya menguasai kemahiran bersajak, berpantun dan menggunakan
peribahasa sebagai tanda aras mereka berbahasa dengan canggih. Implikasinya, setelah
hampir enam dekad penggubalan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di dalam
Perlembagaan Persekutuan, bahasa ini masih belum mencapai tahap pemartabatan bahasa
yang bukan hanya sekadar fasih dipertuturkan serta mengiktiraf bahasa ini sebagai bahasa
kebangsaan, namun seharusnya mampu menambah nilai estetika keindahan berbahasa yang
dapat memperlihatkan bahawa bahasa ini memiliki ketinggian martabatnya yang tersendiri.
Justeru, senario pemartabatan bahasa kebangsaan dalam kalangan mahasiswa IPT ini tidak
boleh dipandang enteng kerana generasi ini dapat menentukan corak kestabilan hubungan
sosial dan kelangsungan pemartabatan bahasa kebangsaan dalam ketamadunan Malaysia. |
---|