Ciri-ciri linguistik dalam buku teks berbahasa Arab dan hubungannya dengan tahap kebolehbacaan teks di Malaysia

Kajian kebolehbacaan teks bahasa Arab sedang berkembang di negara Arab, tetapi masih lagi pada peringkat awal di Malaysia. Kekurangan panduan untuk menilai kesesuaian buku teks dengan pembaca sasaran menjadi kekangan yang mendorong kajian ini dijalankan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Kamarulzaman Abdul Ghani, Ahmad Sabri Noh, Nik Mohd Rahimi Nik Yusuff
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11647/
http://journalarticle.ukm.my/11647/
http://journalarticle.ukm.my/11647/1/13499-57789-1-PB.pdf
Description
Summary:Kajian kebolehbacaan teks bahasa Arab sedang berkembang di negara Arab, tetapi masih lagi pada peringkat awal di Malaysia. Kekurangan panduan untuk menilai kesesuaian buku teks dengan pembaca sasaran menjadi kekangan yang mendorong kajian ini dijalankan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan ciri-ciri linguistik dalam buku teks mengikut tingkatan dan hubungan antara ciri-ciri linguistik dengan tahap kebolehbacaan teks berbahasa Arab sebagai langkah awal pembangunan kaedah pengukuran kebolehbacaan teks. 315 sampel teks yang mengandungi 100 patah perkataan dipilih secara rawak daripada 105 buah buku teks tingkatan satu hingga tingkatan lima dalam Kurikulum Dini dianalisis. Kekerapan perkataan biasa dan kerap, perkataan abstrak, ayat mudah, ayat kompleks, ayat kata nama, purata panjang ayat serta kata hubung dan penanda wacana dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan korelasi Pearson. Kajian ini menunjukkan ayat mudah berada pada tahap rendah. Ayat kompleks dan ayat kata nama berada pada tahap sederhana. Namun, tahap ayat kompleks lebih tinggi daripada ayat mudah dan mengikut urutan tingkatan melainkan ayat kata nama tidak mengikut urutan tingkatan. Perkataan biasa dan kerap berada pada tahap yang tinggi dalam semua tingkatan satu hingga lima dan mengikut urutan tingkatan, sebaliknya perkataan abstrak berada pada tahap rendah dan tidak mengikut urutan. Kata hubung dan penanda wacana pula berada pada tahap tinggi dalam teks tingkatan satu dan berada pada tahap sederhana dalam teks tingkatan dua, tiga, empat dan lima. Purata panjang ayat berada pada tahap tinggi dalam semua tingkatan. Ujian korelasi menunjukkan perkaitan negatif yang signifikan antara ayat kompleks, perkataan biasa dan kerap serta kata hubung dan penanda wacana dengan tahap kebolehbacaan teks. Purata panjang ayat menunjukkan perkaitan positif yang signifikan dengan tahap kebolehbacaan teks. Dapatan kajian ini boleh dimanfaatkan oleh kajian selanjutnya bagi mengkaji kaedah menentukan tahap kebolehbacaan teks berbahasa Arab Kurikulum Dini, berdasarkan ciri-ciri linguistik.