Taburan fosil dan penilaian semula usia formasi singa di Langkawi, Kedah Darul Aman, Malaysia

Formasi Singa yang tersingkap di Kepulauan Langkawi terdiri daripada jujukan batuan sedimen argilit dan boleh dibahagikan kepada empat ahli iaitu Rebak, Kentut, Ular dan Selang. Formasi Singa kaya dengan fosil terutamanya daripada jenis brakiopod, bryozoa dan bivalvia yang boleh ditemui dalam Ahli R...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Hanif Kamal Roslan, Che Aziz Ali, Kamal Roslan Mohamed, Mohd Shafeea Leman
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11704/
http://journalarticle.ukm.my/11704/
http://journalarticle.ukm.my/11704/1/12%20Mohamad%20Hanif%20Kamal.pdf
Description
Summary:Formasi Singa yang tersingkap di Kepulauan Langkawi terdiri daripada jujukan batuan sedimen argilit dan boleh dibahagikan kepada empat ahli iaitu Rebak, Kentut, Ular dan Selang. Formasi Singa kaya dengan fosil terutamanya daripada jenis brakiopod, bryozoa dan bivalvia yang boleh ditemui dalam Ahli Rebak dan Ahli Selang. Fosil yang ditemui semasa kajian dijalankan serta fosil yang pernah dilaporkan oleh penyelidik terdahulu telah dibuat penelitian semula untuk menentukan usia Formasi Singa dengan lebih tepat. Himpunan fosil Formasi Singa boleh dibahagikan kepada tiga julat usia, iaitu Visean, Asselian Akhir - Sakmarian Awal dan Sakmarian Akhir. Jujukan berusia Visean diwakili oleh Ahli Rebak, manakala jujukan Asselian Akhir - Sakmarian Awal dan jujukan Sakmarian Akhir diwakili oleh Ahli Selang. Dalam Ahli Ular dan Ahli Kentut tidak ditemui sebarang fosil. Keputusan daripada kertas ini memerlukan satu kajian semula dijalankan terhadap litostratigrafi Formasi Singa.