Ciri dan pengaruh stereotaip feminin terhadap pengurusan dalam kalangan penjawat awam
Artikel ini meneliti tentang ciri dan pengaruh stereotaip feminin terhadap pengurusan dalam kalangan penjawat awam wanita di Pejabat Pendidikan Daerah Keningau, Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sebagai kaedah utama kajian dengan melibatkan temu bual semi-berstuktur, penyelidikan per...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11748/ http://journalarticle.ukm.my/11748/ http://journalarticle.ukm.my/11748/1/16258-45564-1-PB.pdf |
Summary: | Artikel ini meneliti tentang ciri dan pengaruh stereotaip feminin terhadap pengurusan dalam kalangan penjawat
awam wanita di Pejabat Pendidikan Daerah Keningau, Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sebagai
kaedah utama kajian dengan melibatkan temu bual semi-berstuktur, penyelidikan perpustakaan dan kajian kes.
Seramai lima orang responden telah dipilih untuk mengenal pasti ciri dan pengaruh stereotaip feminin terhadap
pengurusan. Hasil kajian menunjukkan wujudnya ciri stereotaip feminin dalam kalangan penjawat awam wanita
di Pejabat Pendidikan Daerah Keningau, Sabah dan pengaruhnya terhadap pengurusan iaitu kerja dan
kehidupan. Oleh itu, beberapa cadangan yang bersesuaian seperti memberi latihan dan pembangunan untuk
mengatasi kelemahan, meningkatkan kemahiran dalam pengurusan dan kehidupan, memberi bimbingan dan
kaunseling perlu dilakukan sebagai langkah untuk mengatasi masalah berkaitan dengan pengurusan dan
kehidupan bagi mengubah sterotaip gender oleh masyarakat di Sabah, khususnya dan di Malaysia amnya. |
---|