Kualiti perkhidmatan pengangkutan air awam di pedalaman Hulu Tembeling, Pahang

Pengangkutan air menjadi nadi kepada penduduk pedalaman untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain. Pengangkutan air turut digunakan untuk mengangkut barangan, hasil pertanian, haiwan ternakan, menangkap ikan dan sewaan untuk tujuan pelancongan. Perkhidmatan pengangkutan perahu Tembe...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mazdi M, Nurul Ain RK, Rosmiza Mohd Zainol, Muhammad Hasbi AR, Jabil MJ
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11750/
http://journalarticle.ukm.my/11750/
http://journalarticle.ukm.my/11750/1/16260-45566-1-PB.pdf
Description
Summary:Pengangkutan air menjadi nadi kepada penduduk pedalaman untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain. Pengangkutan air turut digunakan untuk mengangkut barangan, hasil pertanian, haiwan ternakan, menangkap ikan dan sewaan untuk tujuan pelancongan. Perkhidmatan pengangkutan perahu Tembeling digunakan untuk menghubungkan enam buah kampung pedalaman iaitu Kg. Kuala Tahan, Kg. Pagi, Kg. Kuala Sat, Kg. Bantal, Kg. Mat Daling dan Kg. Gusai dengan bandar Jerantut. Perahu Tembeling merupakan pengangkutan yang paling dominan digunakan oleh penduduk di kawasan ini kerana kemudahan infrastruktur jalan raya yang masih belum siap dengan sempurna. Artikel ini akan membincangkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam air yang menjalankan operasi di Hulu Tembeling, Pahang. Kajian ini menggunakan metodologi pengedaran borang soal selidik dan temu bual kepada pengguna dan pengusaha perahu Tembeling. Hasil kajian menunjukkan tahap kualiti perkhidmatan pengangkutan perahu Tembeling masih pada tahap sederhana. Kualiti perkhidmatan pengangkutan perahu Tembeling yang sederhana tersebut ialah kualiti masa, kos, keadaan fizikal perahu dan kemudahan. Manakala kualiti perkhidmatan perahu Tembeling yang baik dicatatkan oleh keselamatan dan keselesaan. Kajian ini turut mengemukakan cadangan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan perahu Tembeling di Hulu Tembeling, Pahang.