Pengurusan sisa pepejal di Pulau Pangkor: isu dan cabaran

Pengurusan sisa pepejal adalah satu proses yang rumit dan kritikal. Usaha-usaha untuk memastikan kemampanan pengurusan sisa pepejal di pulau tarikan pelancong yang kecil seperti Pulau Pangkor adalah lebih mencabar kerana kekangan-kekangan yang berkait dengan saiz, lokasi dan landskap pulau. Satu k...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nor Fatimah Ibrahim, Tengku Adeline Adura Tengku Hamzah, Rosta Harun
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11752/
http://journalarticle.ukm.my/11752/
http://journalarticle.ukm.my/11752/1/16263-45568-1-PB.pdf
Description
Summary:Pengurusan sisa pepejal adalah satu proses yang rumit dan kritikal. Usaha-usaha untuk memastikan kemampanan pengurusan sisa pepejal di pulau tarikan pelancong yang kecil seperti Pulau Pangkor adalah lebih mencabar kerana kekangan-kekangan yang berkait dengan saiz, lokasi dan landskap pulau. Satu kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti isu dan cabaran dalam pengurusan sisa pepejal di Pulau Pangkor. Kajian ini berbentuk kualitatif dan data-data dikumpul dari November 2014 hingga Ogos 2015. Beberapa kaedah pengutipan dan analisis data telah digunakan seperti temu bual, Perbincangan Kumpulan Berfokus/Focus Group Discussion (FGD), pemerhatian dan lawatan tapak. Hasil analisis data mendapati terdapat empat isu serta cabaran utama dalam pengurusan sisa pepejal di Pulau Pangkor iaitu yang berkait dengan sikap masyarakat yang tidak mengutamakan kebersihan persekitaran, pengurusan sumber manusia yang tidak cekap, kemudahan penyimpanan dan pengangkutan sisa yang tidak efisien dan konflik dalam proses pelupusan sisa pepejal. Isu-isu ini merupakan cabaran utama yang perlu diatasi demi memastikan pengurusan sisa pepejal mampan boleh dicapai. Perkara ini jika dibiarkan berterusan berupaya mendatangkan implikasi negatif kepada alam sekitar. Kekurangan kedatangan pelancong akan memberi kesan kepada ekonomi penduduk yang kebanyakannya bergantung kepada kegiatan ekonomi ini. Penduduk yang menampung hidup dengan aktiviti perikanan juga akan terjejas. Selain daripada itu, sisa yang tidak diuruskan dengan baik juga boleh menjadi tempat pembiakan haiwan yang merupakan vektor pembawa penyakit dan meningkatkan kes-kes kesihatan. Pengurusan sisa pepejal yang baik perlulah diberi perhatian utama dalam usaha mencapai objektif pembangunan mampan. Ianya adalah satu usaha yang bukan mudah dan menuntut kerjasama banyak pihak terutamanya penduduk, pelancong dan pemerintah.