Isu-isu agama dan sekularisme dalam ruang sosio-politik di Malaysia
Hasrat untuk menyebarluaskan teori modenisasi sebagai formula pembangunan yang ajaib ke seluruh dunia telah dilaksanakan dengan jayanya oleh barat. Pada permukaannya barat berpandangan bahawa nikmat kehidupan yang mereka nikmati hasil daripada kemajuan dan pembangunan yang mereka capai perlu dikon...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11753/ http://journalarticle.ukm.my/11753/ http://journalarticle.ukm.my/11753/1/16264-45569-1-PB.pdf |
Summary: | Hasrat untuk menyebarluaskan teori modenisasi sebagai formula pembangunan yang ajaib ke seluruh dunia telah
dilaksanakan dengan jayanya oleh barat. Pada permukaannya barat berpandangan bahawa nikmat kehidupan yang
mereka nikmati hasil daripada kemajuan dan pembangunan yang mereka capai perlu dikongsi bersama dengan
manusia lain di dunia ini. Agar dengan itu semua orang boleh mengecapi nikmat kehidupan moden yang mereka
rasai. Lalu mereka menggunakan kaedah kolonialisme dan imperialisme dalam usaha memastikan hasrat tersebut
terlaksana sepenuhnya. Pada dasarnya mereka mempunyai strategi agar pasaran sentiasa wujud untuk barang
dagangan hasil revolusi industri, sekaligus menjamin ekonomi mereka mansang selamanya. Pakej kolonialisme
dan imperialisme turut memuat sekali pandang dunia yang, menurut mereka, sesuai untuk membangun dan maju
cara mereka. Pandang dunia tersebut sama sekali berbeza dengan pandang dunia lokal yang mereka jajahi.
Sekularisme merupakan pandang dunia yang datang bersekali dalam kerangka teori modenisasi. Sejak itu, dari
segi falsafah sosial, bermulalah konflik pengisian ruang sosio-politik lokal antara agama dan sekularisme. Situasi
sebegini turut terjadi di Malaysia. |
---|