Penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) di dalam terjemahan maksud surah al-Fatihah

Bahasa isyarat merupakan suatu bentuk komunikasi yang digunakan oleh golongan kurang upaya pendengaran (GKUP) kerana penggunaan bahasa isyarat memudahkan komunikasi golongan kurang upaya pendengaran dan memberi peluang kepada GKUP untuk meluahkan rasa, pendapat, idea, perasaan dan sebagainya. Bah...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Syar Meeze Mohd Rashid, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Noraidah Sahari @ Ashaari
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11778/
http://journalarticle.ukm.my/11778/
http://journalarticle.ukm.my/11778/1/21769-63592-2-PB.pdf
Description
Summary:Bahasa isyarat merupakan suatu bentuk komunikasi yang digunakan oleh golongan kurang upaya pendengaran (GKUP) kerana penggunaan bahasa isyarat memudahkan komunikasi golongan kurang upaya pendengaran dan memberi peluang kepada GKUP untuk meluahkan rasa, pendapat, idea, perasaan dan sebagainya. Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), menurut Lim (2006) merupakan bahasa utama untuk orang kurang upaya pendengaran di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan BIM dalam terjemahan maksud surah Al-Fatihah. Kajian ini melibatkan 10 orang golongan kurang upaya pendengaran (GKUP) yang berkemahiran dalam mengaplikasikan BIM dalam terjemahan surah Al-Fatihah. Surah Al-Fatihah dijadikan sebagai satu surah pilihan dalam kajian ini kerana surah ini merupakan ummul kitab atau ibu dalam Al-Quran. Kajian ini dijalankan secara temu bual separa struktur dengan 10 orang kurang upaya pendengaran. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua persepsi GKUP terhadap kepentingan BIM dalam terjemahan Surah Al-Fatihah iaitu BIM dapat memberi kefahaman kepada golongan kurang upaya pendengaran terhadap terjemahan maksud Surah Al-Fatihah. Selain itu, BIM dapat memberi penghayatan kepada GKUP terhadap terjemahan maksud surah Al-Fatihah. Oleh itu, kepentingan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan BIM amat membantu GKUP perlu mempelajari Al-Quran kerana ia memberi impak yang besar dalam pemahaman dan penghayatan terhadap isi kandungan Al-Quran.