Kajian jati diri kakitangan dalam organisasi Universiti Kebangsaan Malaysia
Isu jati diri merupakan aspek penting dalam organisasi untuk memupuk penglibatan dan rasa setia individu terhadap organisasi. Berlandaskan konsep jati diri, kajian ini bertujuan untuk mengetahui konsep jati diri dalam kalangan warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di mana hasil kajian ini a...
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11783/ http://journalarticle.ukm.my/11783/ http://journalarticle.ukm.my/11783/1/21150-63600-1-PB.pdf |
Summary: | Isu jati diri merupakan aspek penting dalam organisasi untuk memupuk penglibatan dan rasa
setia individu terhadap organisasi. Berlandaskan konsep jati diri, kajian ini bertujuan untuk
mengetahui konsep jati diri dalam kalangan warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
di mana hasil kajian ini akan dapat mengenal pasti perkara yang perlu dilakukan untuk
memupuk perasaan jati diri terhadap UKM. Teori yang mendasari kajian ini ialah teori
Identiti Sosial (Turner & Tajfel, 1979). Kajian ini mensasarkan penyertaan warga kerja di
peringkat pengurusan tertinggi dan profesional, ahli-ahli akademik dan kakitangan pelaksana.
Instrumen kajian ialah sesi tembual. Soalan termubual dibangunkan berdasarkan tiga
konstruk jati diri, iaitu setia, sayang dan bangga. Analisis data menunjukkan terdapat
pemahaman jati diri yang berbeza dalam kalangan kakitangan UKM di mana ianya
bergantung kepada jawatan kumpulan sasar tersebut. Walaupun terdapat perbezaan di mana
segilintir responden bersedia untuk meninggalkan UKM sekiranya mereka mendapat tawaran
yang lebih baik dari organisi luar, secara umum kakitangan UKM mempunyai semangat
setia, sayang dan bangga yang agak tinggi dan positif terhadap UKM. Kajian lanjut pada
masa hadapan boleh dilakukan bagi merungkai permasalahan yang timbul dalam kalangan
warga UKM agar usaha memperkukuh jati diri UKM dapat dilaksanakan dengan lebih
mantap dan komprehensif. |
---|