Jenis-jenis penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran guru Bahasa Melayu berdasarkan tajuk pengajaran
Kajian ini bertujuan mengkaji jenis-jenis penyerapan kemahiran bernilai tambah (KBT) dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah menengah berdasarkan tajuk pengajaran yang diajar. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan empat orang guru Bahasa Melayu yang mengajar tingkatan 4 di tiga buah seko...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11833/ http://journalarticle.ukm.my/11833/ http://journalarticle.ukm.my/11833/1/163-315-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan mengkaji jenis-jenis penyerapan kemahiran
bernilai tambah (KBT) dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah menengah
berdasarkan tajuk pengajaran yang diajar. Kajian berbentuk kualitatif ini
menggunakan empat orang guru Bahasa Melayu yang mengajar tingkatan 4 di
tiga buah sekolah menengah kebangsaan sebagai peserta kajian. Data dikumpul
melalui pemerhatian sebagai data utama dan disokong data temu bual. Data
pemerhatian dan temu bual dianalisis secara triangulasi. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa dari segi tajuk, empat orang guru Bahasa Melayu ini
banyak menyerapkan KBT dalam tajuk Karangan dan Rumusan, diikuti
KOMSAS dan tatabahasa. Jenis KBT yang banyak digunakan dalam empat tajuk
tersebut ialah kemahiran belajar cara belajar dan kemahiran berfikir. Sebaliknya
KBT berkaitan kemahiran TMK dan kajian masa depan tidak digunakan
langsung oleh guru-guru Bahasa Melayu tersebut. Implikasi kajian ialah guruguru
Bahasa Melayu lebih mengutamakan kemahiran belajar untuk membantu
pelajar menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Kemahiran berfikir pula diberi
penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menepati kehendak soalan
peperiksaan yang mengutamakan soalan berbentuk kemahiran berfikir aras
tinggi. Justeru, guru-guru Bahasa Melayu disarankan menyerapkan
mempelbagaikan KBT, terutamanya kemahiran TMK, kemahiran kecerdasan
pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, pembelajaran kontekstual dan kajian
masa depan dalam pengajaran mereka. |
---|