Tahap pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar tingkatan 4 terhadap penggunaan pembelajaran persekitaran maya VLE Frog dalam pembelajaran Bahasa Melayu

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk meninjau penggunaan persekitaran pembelajaran maya atau virtual learning environment (VLE Frog) dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini melihat tahap pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap penggunaan VLE Frog dalam Bahasa Melayu. Kajian ini mel...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sumarni Lapammu, Zamri Mahamod
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11836/
http://journalarticle.ukm.my/11836/
http://journalarticle.ukm.my/11836/1/166-321-1-SM.pdf
Description
Summary:Kajian tinjauan ini bertujuan untuk meninjau penggunaan persekitaran pembelajaran maya atau virtual learning environment (VLE Frog) dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini melihat tahap pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap penggunaan VLE Frog dalam Bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan 240 orang pelajar tingkatan 4 di empat buah sekolah di daerah Tawau, Sabah. Dalam kajian ini, instrumen soal selidik dengan lima skala Likert digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 30 orang pelajar bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian dan hasil kajian rintis menunjukkan instrumen yang digunakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan kekal digunakan dalam kajian sebenar. Statistik deskriptif digunakan untuk melihat analisis min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan program SPSS 22.0. Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik infrensi. Analisis deskriptif mendapati ketiga-tiga min, iaitu pengetahuan (4.10), sikap (4.27) dan kesediaan (4.32) pelajar terhadap penggunaan VLE Frog berada pada tahap tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar mempunyai minat yang tinggi terhadap penggunaan VLE Frog dalam PdPc mereka. Penggunaan bahan berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi seperti VLE Frog dapat menarik minat pelajar untuk belajar Bahasa Melayu.