Kualiti hidup dan aktiviti fizikal warga emas

Konsep kualiti hidup adalah sangat meluas dan dinamik merangkumi budaya, kesihatan, sosial dan persekitaran. Kualiti hidup memberi impak positif kepada setiap individu dalam meningkatkan kesejahteraan hidup sekali gus dapat mengelakkan dari serangan pelbagai penyakit. Kajian ini bertujuan melihat...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Farhah Hanun Ngah, Koh, Denise Choon Lian
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11895/
http://journalarticle.ukm.my/11895/
http://journalarticle.ukm.my/11895/1/17857-51676-1-PB.pdf
Description
Summary:Konsep kualiti hidup adalah sangat meluas dan dinamik merangkumi budaya, kesihatan, sosial dan persekitaran. Kualiti hidup memberi impak positif kepada setiap individu dalam meningkatkan kesejahteraan hidup sekali gus dapat mengelakkan dari serangan pelbagai penyakit. Kajian ini bertujuan melihat perbezaan kualiti hidup dengan status aktiviti fizikal dalam kalangan warga emas. Sampel yang digunakan adalah seramai 100 orang warga emas di sekitar daerah Kajang. Konstruk utama dalam kajian ini ialah kualiti hidup dan aktiviti fizikal. Kualiti hidup diukur menggunakan older people quality of life (OPQOL) manakala aktiviti fizikal diukur menggunakan rapid assessment of physical activity (RAPA). Statistik deskriptif, ujian-t dan ujian khi kuasa dua juga telah digunakan untuk menguji hipotesis kajian dan menjawab persoalan kajian. Kajian ini telah menunjukkan bahawa kualiti hidup dalam kalangan warga emas di bandar di Kajang, Selangor berada di tahap yang rendah (36%) dan penglibatan aktiviti fizikal tidak aktif iaitu 60%. Hasil kajian juga mendapati nilai min tertinggi bagi aspek kualiti hidup adalah hubungan sosial (M=3.70). Selain itu, ujian t, menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara kualiti hidup dan status aktiviti fizikal berdasarkan aspek berdikari, kawalan ke atas kehidupan dan serta kebebasan dan keadaan kewangan. Hasil ujian khi kuasa dua menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara aktiviti fizikal dan ciri-ciri demografi seperti jantina, umur dan tahap pendidikan. Oleh itu, program-program yang menyasarkan kesejahteraan hidup warga emas perlu dipertimbangkan termasuk aktiviti fizikal untuk meningkatkan kualiti hidup keseluruhan dalam kalangan warga emas.