Sorotan literatur kuasa Sultan dalam kehakiman Islam

Sultan ialah ketua agama Islam bagi negerinya seperti yang dinyatakan dalam Perkara 3 Perlembagaan. Pelaksanaan doktrin pengasingan kuasa juga boleh didapati dalam Perlembagaan. Namun, terdapat beberapa kes yang menyaksikan Sultan menggunakan kuasanya dalam Kehakiman Islam, contohnya seperti kes Tim...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mashitoh Mohamad Hashim, Mohd Al Adib Samuri
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11922/
http://journalarticle.ukm.my/11922/
http://journalarticle.ukm.my/11922/1/21590-67915-1-PB.pdf
Description
Summary:Sultan ialah ketua agama Islam bagi negerinya seperti yang dinyatakan dalam Perkara 3 Perlembagaan. Pelaksanaan doktrin pengasingan kuasa juga boleh didapati dalam Perlembagaan. Namun, terdapat beberapa kes yang menyaksikan Sultan menggunakan kuasanya dalam Kehakiman Islam, contohnya seperti kes Timbalan Pendakwa Syarie Pahang v Kartika Sari Dewi binti Shukarno [2010] 1CLJ 172. Kes ini menyaksikan Sultan telah mengurangkan hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan oleh Kartika Sari Dewi binti Shukarno apabila hukuman yang dijatuhkan ke atasnya telah bertukar kepada hukuman khidmat masyarakat. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengamati sejauh mana Sultan berhak untuk menggunakan kuasanya dalam Kehakiman Islam. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual separa struktur dengan menemu bual lima orang Ketua Hakim Mahkamah Syariah di lima buah negeri di Malaysia. Manakala dapatan kajian dianalisis menggunakan kaedah tematik dan deskriptif. Hasil daripada tinjauan literatur yang dijalankan mendapati Sultan memiliki kuasa dalam Kehakiman Islam, walau bagaimanapun hal ini tidak bermaksud Sultan boleh menggunakan kuasanya sewenang-wenangnya kerana Malaysia mengamalkan prinsip pengasingan kuasa. Kajian ini penting untuk membantu memantap dan menegakkan konsep Raja Berperlembagaan.