Masalah dan kaedah penyelesaian pewarisan harta pusaka mualaf di Malaysia
Artikel ini membincangkan perihal masalah yang berlaku dalam pewarisan harta pusaka mualaf di Malaysia. Terdapat banyak kes yang menjadi pertikaian, terutama yang melibatkan harta perwarisan mualaf kesan daripada pemelukan Islam. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti kaedah penyelesaian masalah...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11926/ http://journalarticle.ukm.my/11926/ http://journalarticle.ukm.my/11926/1/21595-67920-1-PB.pdf |
Summary: | Artikel ini membincangkan perihal masalah yang berlaku dalam pewarisan harta pusaka mualaf di Malaysia. Terdapat banyak kes yang menjadi pertikaian, terutama yang melibatkan harta perwarisan mualaf kesan daripada pemelukan Islam. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti kaedah penyelesaian masalah harta pusaka mualaf di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menerusi reka bentuk analisis kandungan. Data-data dikumpul menggunakan kaedah kajian kes dan dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif dan tematik. Dapatan kajian mendapati beberapa faktor utama dalam konflik perundangan telah memberi kesan kepada mualaf dan waris-warisnya, terutama melibatkan harta pusaka. Antaranya ialah seperti petisyen pembubaran perkahwinan terdahulu, tuntutan harta dari waris bukan beragama Islam dan kelangsungan nafkah keluarga bekas suami isteri. Kajian ini merumuskan bahawa faktor-faktor ini telah memberi kesan yang amat besar, terutama terhadap hak-hak waris dalam pewarisan harta pusaka. Seterusnya, kesan ini memerlukan penyelesaian segera dengan perancangan pengurusan harta melalui instrumen hibah sebagai kaedah penyelesaian masalah pewarisan harta pusaka mualaf di Malaysia. |
---|