Analisis pemilikan bermanfaat dalam kewangan Islam berdasarkan kaedah tarjih bayn al-asl wa al-zahir

Pemilikan aset merupakan aspek penting dalam memastikan keabsahan kontrak jual beli. Walau bagaimanapun, dalam konteks kewangan Islam, isu pemilikan bermanfaat menjadi topik yang hangat berikutan operasi kewangan Islam yang berjalan dalam kerangka konvensional perundangan negara. Pemilikan bermanfaa...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11934/
http://journalarticle.ukm.my/11934/
http://journalarticle.ukm.my/11934/1/22610-67930-1-PB.pdf
Description
Summary:Pemilikan aset merupakan aspek penting dalam memastikan keabsahan kontrak jual beli. Walau bagaimanapun, dalam konteks kewangan Islam, isu pemilikan bermanfaat menjadi topik yang hangat berikutan operasi kewangan Islam yang berjalan dalam kerangka konvensional perundangan negara. Pemilikan bermanfaat dianggap tidak mengikut piawaian pemilikan dalam syariah. Justeru, kajian ini dilakukan untuk menghuraikan kedudukan dan maksud pemilikan bermanfaat dari perspektif undang-undang dan Syariah. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan bagi menjelaskan konsep pemilikian bermanfaat. Data kajian dianalisis menggunakan kaedah deduktif dan deskriptif untuk melakukan tarjih. Dapatan kajian ini menunjukkan pemilikan bermanfaaat diiktiraf sebagai pemilikan sebenar kerana Syariah membenarkan pemindahan pemilikan sebaik sahaja ijab dan qabul terlaksana. Kajian ini penting untuk menjadi panduan kepada institusi kewangan Islam dalam menstruktur produk yang patuh Syariah.