Menentukan tahap kesediaan pelajar kejuruteraan sebelum memasuki pasaran kerja
Kajian ini adalah untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan di antara persepsi siswazah dengan majikan terhadap tahap kesediaan ke alam pekerjaan dalam kalangan siswazah kejuruteraan dari sebuah universiti tempatan di Malaysia. Data untuk kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang dihantar me...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11943/ http://journalarticle.ukm.my/11943/ http://journalarticle.ukm.my/11943/1/jqma-13-1-paper6.pdf |
Summary: | Kajian ini adalah untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan di antara persepsi siswazah dengan majikan terhadap tahap kesediaan ke alam pekerjaan dalam kalangan siswazah kejuruteraan dari sebuah universiti tempatan di Malaysia. Data untuk kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang dihantar melalui mel elektronik kepada 150 orang pelajar dan 80 pihak majikan di industri dan dianalisis menggunakan SPSS 20. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah alfa Cronbach yang menunjukkan nilai kebolehpercayaan 0.947. Analisis faktor dan Ujian Mann-Whitney telah digunakan untuk menjawab persoalan yang dikaji. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan antara persepsi siswazah dengan majikan terhadap tahap kesediaan ke alam pekerjaan. Didapati bahawa persepsi majikan terhadap persediaan pelajar untuk menempuh alam pekerjaan adalah lebih baik berbanding dengan persepsi pelajar itu sendiri. |
---|