Faktor analisis pendorong dan penghalang kepada kenderaan tidak bermotor di Bangi

Kenderaan tidak bermotor adalah penting bagi menjamin kehidupan dalam persekitaran yang bersih, sihat dan berkualiti tinggi. Hari ini, sistem pengangkutan di bandar-bandar Malaysia sering dikaitkan dengan imej buruk seperti kesesakan, kemalangan dan ketidakcekapan pengangkutan awam sebagai alternati...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhamad Razuhanafi Mat Yazid, Muhamad Nazri Borhan, Rozmi Ismail
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11958/
http://journalarticle.ukm.my/11958/
http://journalarticle.ukm.my/11958/1/19647-74490-1-PB.pdf
Description
Summary:Kenderaan tidak bermotor adalah penting bagi menjamin kehidupan dalam persekitaran yang bersih, sihat dan berkualiti tinggi. Hari ini, sistem pengangkutan di bandar-bandar Malaysia sering dikaitkan dengan imej buruk seperti kesesakan, kemalangan dan ketidakcekapan pengangkutan awam sebagai alternatif. Selain itu kesan pembebasan gas karbon ke ruang atmosfera menyumbang kepada pencemaran alam dan menjejaskan aspek kualiti kehidupan secara umumnya. Kajian ini bertujuan mengkaji faktor yang mempengaruhi responden untuk membuat pemilihan kepada penggunaan kenderaan tidak bermotor berdasarkan kepada faktor pendorong dan penghalang. Bagi tujuan ini, faktor analisis dan CFA digunakan untuk menjelaskan situasi penggunaan kenderaan tidak bermotor berdasarkan borang soal selidik dengan 39 item yang dipecahkan kepada empat aspek utama yang menjadi instrumen soal selidik. Seramai 400 responden di Bandar Baru Bangi telah terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan kumpulan faktor yang amat mempengaruhi keinginan menggunakan kenderaan tidak bermotor adalah faktor halangan iaitu cuaca dan jarak perjalanan (10.879), keperluan asas yang tidak disediakan (1.945), keadaan laluan (1.589), persekitaran (1.142) dan halangan perundangan (1.044). Manakala faktor kedua yang mempengaruhi mempengaruhi keputusan untuk memilih kepada kenderaan tidak bermotor adalah faktor kesenangan (2.233), galakan (1.401) dan keselamatan (1.002). Manakala factor yang paling rendah mempengaruhi keputusan untuk bertukar kepada penggunaan kenderaaan tidak bermotor ialah faktor sekatan iaitu tiada kemudahan untuk kenderaan tidak bermotor (1.302). Hasil kajian ini memberi implikasi bahawa elemen kesenangan dan kesejahteraan kepada pengguna perlu diberi keutamaan dalam membentuk polisi ke arah penggunaan kenderaan tidak bermotor di Malaysia.