Pengoptimuman kaedah dan analisis farmaseutik dalam air kumbahan dan air sungai

Loji rawatan kumbahan (STP) sedia ada khususnya di Malaysia tidak direka untuk menyingkirkan bahan farmaseutik yang tergolong dalam kategori bahan cemar baru muncul. Oleh kerana farmaseutik yang hadir dalam persekitaran akuatik ialah pada kepekatan yang sangat rendah iaitu dalam julat bahagian per b...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurfaizah Abu Tahrim, Md. Pauzi Abdullah, Yang Farina Abdul Aziz
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12081/
http://journalarticle.ukm.my/12081/
http://journalarticle.ukm.my/12081/1/08%20Nurfaizah%20Abu%20Tahrim.pdf
Description
Summary:Loji rawatan kumbahan (STP) sedia ada khususnya di Malaysia tidak direka untuk menyingkirkan bahan farmaseutik yang tergolong dalam kategori bahan cemar baru muncul. Oleh kerana farmaseutik yang hadir dalam persekitaran akuatik ialah pada kepekatan yang sangat rendah iaitu dalam julat bahagian per bilion dan trilion, satu kaedah pengekstrakan dan analisis yang peka perlu dibangunkan. Dalam kajian ini, kaedah analisis berdasarkan pengekstrakan fasa pepejal (SPE) diikuti dengan kromatografi cecair-spektrometri jisim masa penerbangan (LC-TOF-MS) menggunakan mod pengionan secara semburan elektro positif telah berjaya dibangunkan untuk menentukan kehadiran sepuluh farmaseutik terpilih dalam air kumbahan dan air sungai. Farmaseutik yang dikaji termasuk acetaminophen, theophylline, caffeine, metoprolol, sulfamethoxazole, carbamazepine, prednisolone, ketoprofen, norgestrel dan simvastatin. Kaedah SPE menggunakan langkah pengekstrakan tunggal yang menggunakan isi padu sampel yang rendah sebanyak 100 mL dan pelarut elusi yang minimum telah berjaya dicapai. Peratus perolehan semula untuk kesemua farmaseutik dalam sampel air sungai berada dalam julat 54-99% manakala bagi sampel efluen STP pula berada dalam julat 57-96%. Jangka masa analisis LC-TOF-MS termasuk masa imbangan adalah selama 25 min dengan menggunakan suntikan sampel 20 μL. Prosedur SPE bersama-sama dengan kaedah analisis yang telah dibangunkan menghasilkan had kuantifikasi (LOQ) dalam lingkungan 0.031-0.882 μg/L untuk sampel STP dan 0.030-0.926 μg/L untuk sampel air sungai.