Peningkatan kepekaan biosensor urea berasaskan resonans plasmon permukaan dan tatasusunan Kretschmann dengan struktur hibrid grafin- MoS2

Artikel ini menganalisis biosensor resonans plasmon permukaan (SPR) dengan lapisan grafin yang meningkatkan kecekapan biosensor urea kerana penerapannya yang tinggi. Tatasusunan Kretschmann merupakan teknik yang paling berkesan digunakan untuk pengujaan plasmon. Dalam kajian ini, kami menganalisis k...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Akmar Jamil, P. Susthitha Menon, Gan, Siew Mei, Burhanuddin Yeop Majlis
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12093/
http://journalarticle.ukm.my/12093/
http://journalarticle.ukm.my/12093/1/20%20Nur%20Akmar%20Jamil.pdf
Description
Summary:Artikel ini menganalisis biosensor resonans plasmon permukaan (SPR) dengan lapisan grafin yang meningkatkan kecekapan biosensor urea kerana penerapannya yang tinggi. Tatasusunan Kretschmann merupakan teknik yang paling berkesan digunakan untuk pengujaan plasmon. Dalam kajian ini, kami menganalisis kesan ekalapisan MoS2 dengan lapisan grafin yang didepositkan pada bahan plasmon, iaitu logam emas (Au), di dalam tatasusunan ini. Simulasi untuk menganalisis tatasusunan ini adalah berdasarkan kepada kaedah perbezaan terhingga domain masa (FDTD). Prestasi biosensor SPR dapat dipantau dengan menganalisis kepekaan dan lebar penuh pada separuh maksimum (FWHM) spektrum SPR. Pengukuran diperhatikan pada panjang gelombang 670 nm dan 785 nm untuk pengesanan urea. Indeks molar dan indeks biasan berbeza (RI) daripada 1.335 sehingga 1.342 untuk lapisan penderiaan. Keputusan menunjukkan peratus peningkatan kepekaan biosensor Au/MoS2/grafin berbanding biosensor Au konvensional adalah 98% dan 202% masing-masing pada panjang gelombang 670 nm dan 785 nm. Ini menunjukkan bahawa cadangan biosensor SPR yang novel ini adalah lebih sensitif untuk pengesanan urea.