Pengetahuan dan kefahaman pelajar kolej terhadap niat bunuh diri

Niat bunuh diri merupakan pemikiran atau keinginan seseorang untuk menamatkan nyawanya. Kajian ini bertujuan melihat pengetahuan dan kefahaman pelajar sesebuah kolej terhadap niat bunuh diri. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual bagi mengumpul maklumat yang d...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siti Norma Aisyah Malkan@Molkan, Salleh Amat
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12100/
http://journalarticle.ukm.my/12100/
http://journalarticle.ukm.my/12100/1/25691-76672-1-SM.pdf
Description
Summary:Niat bunuh diri merupakan pemikiran atau keinginan seseorang untuk menamatkan nyawanya. Kajian ini bertujuan melihat pengetahuan dan kefahaman pelajar sesebuah kolej terhadap niat bunuh diri. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual bagi mengumpul maklumat yang dikehendaki. Kajian ini melibatkan tujuh orang responden yang dikenal pasti pernah mempunyai keinginan untuk bunuh diri melalui borang maklumat profil peribadi pelajar. Data kualitatif yang diperoleh melalui temu bual dianalisis menggunakan perisian NVivo8. Hasil kajian menunjukkan responden mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang niat bunuh diri dan niat tersebut wujud dalam diri responden sejak zaman persekolahan lagi. Dapatan kajian secara umumnya menunjukkan faktor tekanan luaran dan dalaman menyebabkan responden mempunyai niat bunuh diri. Walau bagaimanapun responden tidak bersetuju dengan tingkah laku bunuh diri itu sendiri. Dapatan kajian ini juga mendapati kesemua responden mempunyai cara penyelesaian masalah yang tersendiri apabila berhadapan dengan masalah yang menyebabkan mereka terfikir untuk bunuh diri. Kefahaman ini juga penting bagi para kaunselor agar proses pencegahan dapat dilakukan bagi membantu pelajar kolej yang berpotensi untuk mengambil jalan mudah bagi menyelesaikan masalahnya.