Kesan resonans plasmon aurum terhadap prestasi fotoelektrokimia fotokatod Cu2O

Dalam kajian ini, kesan lapisan Au di atas fotokatod kuprus oksida (Cu2O) terhadap tindak balas fotoelektrokimia telah diuji. Lapisan Cu2O dan Au ini telah disediakan di atas subtrak kaca stanum oksida terdop fluorin (FTO) dalam konfigurasi yang berlainan, melalui kaedah elektroendapan. Selepas itu,...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ng, Kim Hang, Lorna Jeffery Minggu, Nurul Akmal Jaafar, Mohammad Kassim
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12168/
http://journalarticle.ukm.my/12168/
http://journalarticle.ukm.my/12168/1/19%20Kim%20Hang%20Ng.pdf
Description
Summary:Dalam kajian ini, kesan lapisan Au di atas fotokatod kuprus oksida (Cu2O) terhadap tindak balas fotoelektrokimia telah diuji. Lapisan Cu2O dan Au ini telah disediakan di atas subtrak kaca stanum oksida terdop fluorin (FTO) dalam konfigurasi yang berlainan, melalui kaedah elektroendapan. Selepas itu, fotokatod ini dicirikan dengan mikroskopi elektron imbasan berpancaran medan (FESEM), spektroskopi ultra lembayung dan cahaya nampak (UV-Vis) dan analisis fotoelektrokimia. Daripada imej FESEM, lapisan Au telah berjaya diendapkan di atas substrak FTO dan permukaan Cu2O. Penyerapan plasmon Au pada julat cahaya nampak juga terbukti dan ia telah mempertingkatkan penggunaan cahaya nampak untuk tindak balas fotoelektrokimia. Oleh itu, prestasi fotoelektrokimia fotokatod Cu2O berplasmon telah meningkat secara ketara. Di bawah sinaran suria simulasi A.M 1.5, fotokatod Cu2O terapit Au telah menjanakan ketumpatan fotoarus yang tertinggi, iaitu ~4 kali ganda peningkatan berbanding prestasi fotokatod Cu2O tulen.