Penilaian sifat fisio-kimia dan analisis hedonik bagi titisan piramid padi tahan kemarau terpilih

Pembiakbakaan padi tahan kemarau menjadi agenda utama ahli pembiak baka namun ia amatlah penting bagi memastikan kultivar padi baru tahan kemarau yang bakal dihasilkan mampu memenuhi cita rasa pengguna daripada segi ciri fisio-kimia serta kualiti beras dan nasi. Dalam kajian ini, sebanyak sepuluh ge...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Noraziyah Abd Aziz Shamsudin, Tuan Nur Aqlili Riana Tuan Ali, Mohd Ikmal Asmuni, Nabihah Raihanah Tajul Anuar, Puteri Dinie Ellina Zulkafli, Amira Ismail
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12198/
http://journalarticle.ukm.my/12198/
http://journalarticle.ukm.my/12198/1/15%20Noraziyah%20Abd%20Aziz%20Shamsudin.pdf
Description
Summary:Pembiakbakaan padi tahan kemarau menjadi agenda utama ahli pembiak baka namun ia amatlah penting bagi memastikan kultivar padi baru tahan kemarau yang bakal dihasilkan mampu memenuhi cita rasa pengguna daripada segi ciri fisio-kimia serta kualiti beras dan nasi. Dalam kajian ini, sebanyak sepuluh genotip padi yang terdiri daripada lapan titisan piramid padi tahan kemarau (PLs) dan dua induk, MR219 dan MRQ74 dinilai bagi ciri fisio-kimia dan kualitinya. Kesemua genotip mempunyai kandungan amilosa (AC) yang sederhana iaitu dalam julat 20% hingga 25% kecuali PL-MR219-G1 (AC rendah - 16%) dan induk MRQ74 (AC tinggi - 27%). Selain itu, kesemua genotip juga mempunyai suhu pengelatinan (GT) yang sederhana, konsistensi gel (GC) yang lembut serta mempunyai bentuk beras yang tirus. Tiada perbezaan yang signifikan diperoleh antara PLs dan induk untuk kesemua atribut dalam analisis hedonik kecuali bagi ciri aroma dalam populasi MRQ74. Skor PL-MRQ74-G1 bagi ciri aroma dalam ujian sensori berbeza secara signifikan dengan induk menunjukkan bahawa nasi yang dihasilkan PL ini tidak wangi. Analisis genotip turut mengesahkan gen yang mengawal ciri aroma, alel badh2 tiada dalam PL-MRQ74-G1 disebabkan rekombinasi semasa silangan. Namun demikian, alel badh2 hadir dalam PL-MRQ74-G2 yang menyokong hasil ujian hedonik dan PL ini tidak berbeza dengan MRQ74 bagi atribut aroma. Secara amnya, PLs serupa dengan beras komersial yang merupakan induk mereka bagi ciri fisio-kimia dan kualiti. PLs yang tahan kemarau ini boleh dikomersialkan kerana memenuhi cita rasa pengguna Malaysia yang sukakan nasi yang lembut dan tirus selain tempoh memasak yang singkat.