Kesan garam litium nitrat terhadap sifat elektrokimia karboksimetil kitosan

Karboksimetil kitosan menunjukkan potensi untuk digunakan sebagai polimer induk bagi aplikasi elektrolit polimer pepejal. Kesan garam litium nitrat terhadap sifat elektrokimia elektrolit polimer pepejal berasaskan karboksimetil kitosan telah dijalankan. Elektrolit polimer pepejal berasaskan karboksi...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nadhratun Naiim Mobarak, F.N. Jantan, N.A. Dzulkurnain, A. Ahmad, M.P. Abdullah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12398/
http://journalarticle.ukm.my/12398/
http://journalarticle.ukm.my/12398/1/17%20N.N.%20Mobarak.pdf
Description
Summary:Karboksimetil kitosan menunjukkan potensi untuk digunakan sebagai polimer induk bagi aplikasi elektrolit polimer pepejal. Kesan garam litium nitrat terhadap sifat elektrokimia elektrolit polimer pepejal berasaskan karboksimetil kitosan telah dijalankan. Elektrolit polimer pepejal berasaskan karboksimetil kitosan disediakan melalui teknik pengacuan larutan dengan nisbah garam litium nitrat (LiNO3) yang berbeza. Pencirian filem telah dijalankan dengan menggunakan spektroskopi inframerah transformasi Fourier-pantulan penuh kecil (ATR-FTIR) dan Spektroskopi Impedans Elektrokimia (EIS) bagi penentuan interaksi kimia dan sifat elektrokimia polimer elektrolit tersebut. Spektrum ATR-FTIR menunjukkan ion litium cenderung untuk berinteraksi dengan kumpulan karbonil dan kumpulan ester dalam struktur karboksimetil kitosan. Kekonduksian ion tertinggi yang dicapai adalah 8.44 × 10-4 S cm-1 dengan kepekatan garam 30 bt. % LiNO3 pada suhu bilik dan 5.25 × 10-3 S cm−1 pada suhu 70°C. Filem karboksimetil kitosan-30% LiNO3 mencapai kestabilan secara elektrokimia sehingga 2.94 V. Keputusan kajian yang diperoleh menunjukkan elektrolit polimer pepejal berasaskan karboksimetil kitosan memberi satu tarikan baru bagi aplikasi bateri ion litium.