Penentuan kepekatan aktiviti radionuklid tabii 232th, 238u dan 40k dalam ikan di Pesisiran Pantai Terengganu, Malaysia

Penentuan 232Th, 238U dan 40K dalam 10 spesies ikan yang ditangkap dari 3 lokasi di kawasan pesisiran pantai Terengganu, Malaysia menggunakan teknik ICP-MS. Tahap kepekatan aktiviti (Bq kg-1 berat kering) didapati berbeza daripada 2.72 × 10-4 ± 1.96 × 10-4 hingga 50.66 × 10-4 ± 34.57 × 10-4 bagi 232...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: M.N.R Rosli, Supian Samat, Muhamad Samudi Yasir, MF Mohd Yusof
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12406/
http://journalarticle.ukm.my/12406/
http://journalarticle.ukm.my/12406/1/24%20MNR%20Rosli.pdf
Description
Summary:Penentuan 232Th, 238U dan 40K dalam 10 spesies ikan yang ditangkap dari 3 lokasi di kawasan pesisiran pantai Terengganu, Malaysia menggunakan teknik ICP-MS. Tahap kepekatan aktiviti (Bq kg-1 berat kering) didapati berbeza daripada 2.72 × 10-4 ± 1.96 × 10-4 hingga 50.66 × 10-4 ± 34.57 × 10-4 bagi 232Th, 0.96 × 10-3 ± 0.37 × 10-3 hingga 10.04 × 10-3 ± 5.09 × 10-3 bagi 238U dan 36.70 ± 17.53 hingga 82.38 ± 27.65 bagi 40K. Berdasarkan kepekatan aktiviti radionuklid, dos berkesan tahunan dan risiko kanser telah dianggarkan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa dos berkesan kolektif (mSv tahun-1) dianggarkan 2.47 × 10-5 bagi 232Th, 6.52 × 10-6 bagi 238U dan 1.9 × 10-2 bagi 40K adalah jauh lebih rendah daripada saranan UNSCEAR. Risiko kanser bagi orang dewasa yang dianggarkan daripada dos berkesan tahunan adalah 66.9 × 10-6. Nilai ini adalah jauh lebih rendah daripada faktor risiko kanser UNSCEAR iaitu 8.4 × 10-3 dan faktor risiko kanser ICRP sebanyak 3.5 × 10-3. Kajian ini menyimpulkan bahawa dos yang diterima oleh penduduk setempat hasil daripada pengambilan ikan agak rendah dan tidak membahayakan kesihatan manusia dan selamat untuk dimakan.