Agama dan budaya berpisah tiada: tinjauan terhadap masyarakat Murut Tahol di Sabah

Agama dan budaya adalah dua elemen penting dalam kehidupan masyarakat Murut Tahol di Sabah. Walaupun zaman sentiasa berubah dan bersilih ganti, kedua-dua elemen ini masih kekal dan berjalan seiringan memperkukuh jati diri etnik ini. Apa yang menarik di sini ialah perubahan agama dan kepercayaan ti...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abd Hakim Mohad, Ros Aiza Mohd Mokhtar
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12437/
http://journalarticle.ukm.my/12437/
http://journalarticle.ukm.my/12437/1/IMAN-2017-0502-01.pdf
Description
Summary:Agama dan budaya adalah dua elemen penting dalam kehidupan masyarakat Murut Tahol di Sabah. Walaupun zaman sentiasa berubah dan bersilih ganti, kedua-dua elemen ini masih kekal dan berjalan seiringan memperkukuh jati diri etnik ini. Apa yang menarik di sini ialah perubahan agama dan kepercayaan tidak menjadikan budaya mereka terpinggir atau ditinggalkan. Apakah rahsianya? Makalah ini akan membincangkan tentang keupayaan masyarakat Murut Tahol mengekalkan amalan budayanya walaupun pegangan agama mereka telah berubah daripada animisme kepada Kristian. Perbincangan ini adalah berdasarkan kepada kajian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan etnografi di Ulu Tomani, Daerah Kecil Kemabong, Tenom, Sabah. Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat ini mempunyai kekuatan untuk membuat pilihan tentang apa yang perlu dilakukan untuk mengekalkan budaya tradisionalnya dalam kerangka kepercayaan yang baharu. Dengan lain perkataan mereka adalah agen kepada perubahan masyarakatnya sendiri atau disebut sebagai localized social change. Keupayaan inilah yang menjadikan masyarakat Murut Tahol masih dapat mengekalkan amalan budayanya seperti adat merisik (pamalaan), adat pertunangan (antamong), adat perkahwinan (ahuot), adat menghantar berian akhir (tinauh), dan adat mencuci benih padi (amparawak ra Vivit).