Personalistik, etiologi penyakit, dan sistem perlindungan diri: menyingkap perspektif tradisi masyarakat Melayu Kedah

Makalah ini bermatlamat merealisasikan hasrat bidang Antropologi Kebudayaan yang menyarankan agar seberapa banyak kebudayaan sesebuah masyarakat di dokumentasi untuk rujukan masa hadapan kerana sistem ilmunya semakin menyusut akibat ditelan oleh perkembangan agama dan perubahan sosial. Tujuan maka...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhd Abdul Hadi Johari, Ahmad Hakimi Khairuddin
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12473/
http://journalarticle.ukm.my/12473/
http://journalarticle.ukm.my/12473/1/jatma-2018-0602-05.pdf
Description
Summary:Makalah ini bermatlamat merealisasikan hasrat bidang Antropologi Kebudayaan yang menyarankan agar seberapa banyak kebudayaan sesebuah masyarakat di dokumentasi untuk rujukan masa hadapan kerana sistem ilmunya semakin menyusut akibat ditelan oleh perkembangan agama dan perubahan sosial. Tujuan makalah ini ialah untuk mengkonstruksi kembali hakikat sistem personalistik tempatan, hubungannya dengan etiologi penyakit, dan kaitannya dengan perlindungan diri masyarakat Melayu Kedah. Asasnya kerana sistem ilmunya dihakis oleh faktor-faktor di atas itu sehingga masyarakat kontemporari tidak akses lagi dengan asas nenek moyang itu. Data dikumpul menggunakan pemerhatian ikut dan kajian kepustakaan. Pemerhatian ikut serta dijalankan di Kampung Keledang, Baling, Kedah selama lapan bulan, dari Jun 2016 sehingga Mac 2017 dengan menemu bual 10 warga tua, tiga dewasa dan dua anak muda. Adalah didapati personalistik/ hantu merupakan entiti yang paling ditakuti oleh masyarakat Kedah tradisional. Entiti itu menyakiti manusia sebagai membalas dendam dengan cara mengganggu roh, menindih tubuh, menggigit tubuh, menghisap darah, merasuk manusia, menawan semangat, menyekat darah, menyerang jiwa, dan meludah. Manusia menghindari personalistik dengan cara mengadakan ritual menghalau, ritual memagar rumah, ritual menjaga kampung, mandian semangat, amalan memukul tubuh, amalan mengesan sihir, amalan menepuk pinggang, amalan menyimpan kacik/besi, membaca mantera, membaca petanda alam, memakai tangkal, serta mengamalkan petua dan pantang-larang tertentu ketika mengunjungi hutan.