Implikasi hubungan diplomatik terhadap kerajaan Melaka dan Kedah berdasarkan naskhah Melayu tradisional
Hubungan diplomatik yang terjalin antara kedua-dua buah atau lebih kerajaan merupakan hasil persetujuan bersama untuk mencari kata sepakat bagi mengukuhkan pertahanan dalam pemerintahan dan pentadbiran sesebuah kerajaan. Pemerintah kerajaan sama ada kerajaan baharu ditubuhkan mahupun kerajaan yang...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12476/ http://journalarticle.ukm.my/12476/ http://journalarticle.ukm.my/12476/1/jatma-2018-0602-08.pdf |
Summary: | Hubungan diplomatik yang terjalin antara kedua-dua buah atau lebih kerajaan merupakan hasil persetujuan
bersama untuk mencari kata sepakat bagi mengukuhkan pertahanan dalam pemerintahan dan pentadbiran sesebuah
kerajaan. Pemerintah kerajaan sama ada kerajaan baharu ditubuhkan mahupun kerajaan yang merasakan terancam
akan menawarkan hubungan diplomatiknya dengan kerajaan di kawasan persekitaran yang lebih kuat dan mantap
pertahanannya. Oleh itu, sekiranya sesebuah kerajaan tidak menjalinkan sebarang hubungan dengan kerajaan lain,
kebarangkalian, kerajaan tersebut tidak mencapai kemajuan dan tidak dikenali di sekitarnya. Justeru, dengan adanya
hubungan diplomatik, kerajaan-kerajaan tersebut akan memperoleh kebaikan yang banyak daripada pelbagai sudut.
Justeru, kajian ini akan memfokuskan implikasi hubungan diplomatik terhadap kerajaan Melaka dan Kedah sebagai
kerajaan tertua dan terkenal di Nusantara sebagai perbincangan utama dengan mengambil peristiwa yang terdapat
dalam naskhah Melayu tradisional seperti Sulalat al-Salatin, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, dan
Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Jangkaan kajian menunjukkan bahawa implikasi hubungan diplomatik tersebut
akan dapat dilihat dengan penambahbaikan aspek politik, sosiobudaya, ekonomi dan agama. |
---|